Bahasa Malaysia, Community, Featured, General, Govt

PRESS: Komuniti sihat sebagai asas kepada negeri dan bandar yang maju

190612 | Bukit Mertajam

Ahli Majlis Steven Sim dengan kerjasama JKKK Taman Machang Bubok telah menganjurkan pemeriksaan kesihatan komuniti “Cleaner, Greener, Healthier Penang” dengan jayanya di taman perumahan tersebut pada Ahad yang lalu.

Program tersebut bermula jam 10 pagi dan tamat pada pukul 1pm dengan hampir 120 orang penduduk telah hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan termasuk, pemeriksaan glukos darah, hepatitis B, tekanan darah dan body mass index (BMI). Kaum wanita juga berkesempatan mendengar taklimat dan belajar cara pemeriksaan kendiri payu dara.

Steven Sim mengatakan bahawa ini merupakan tahun kedua beliau menganjurkan program kemasyarakatan ini. Beliau percaya bahawa kesihatan merupakan unsur yang penting bagi membina sebuah masyarakat yang mampu mencapai matlamat Pulau Pinang sebagai negeri yang maju dan bandar bertaraf antarabangsa. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi JKKK Taman Machang Bubok, Beh Siong Hee serta ahli-ahli JKKK dan pasukan sukarelawan daripada Penang Family Health Development Association (FHDA) atas usaha dan kerjasama mereka menjayakan program ini.

Turut melawat ke lokasi program ialah Ahli Majlis Tan Xin Ying.

Program pemeriksaan kesihatan komuniti “Cleaner, Greener Healthier Penang” yang seterusnya akan diadakan pada bulan Julai di Taman Sri Kijang. Maklumat lanjut akan diberikan pada masa terdekat dan sesiapa yang berminat boleh merujuk kepada laman web Steven Sim di www.stevensim.com

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pingback: PRESS: 健康社会为城市进步的根基 « Steven Sim - June 19, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: