Versi Bahasa Cina di sini.
Kenyataan Media
290113 | Bukit Mertajam
Seperti yang dimaklumkan pada Jumaat lalu, jadual pembersihan sisa-sisa pukal tambahan sempena Tahun Baru Cina 2013 bagi seluruh kawasan Seberang Perai telah dikeluarkan oleh MPSP pada minggu ini.
Sisa-sisa pukal adalah termasuk perabot lama, sampah kebun (dahan pokok, daun-daun, rumput), perkakasan rumah dan lain-lain sampah yang bersaiz besar. Kutipan tambahan sempena Tahun Baru Cina ini dilaksanakan buat pertama kali oleh MPSP dan ia dilaksanakan berdasarkan pengalaman lepas di mana jumlah sampah pukal meningkat menjelang musim perayaan. Sisa-sisa pukal ini boleh diletakkan di hadapan rumah dan tidak perlu dibawa ke tong sampah umum bagi menggelakkan keadaan tong sampah umum berlimpahan sampah.
Kutipan tambahan ini akan dilaksanakan pada musim perayaan besar yang lain jika perlu.
Jadual pembersihan sisa-sisa pukal tambahan adalah seperti yang dilampirkan di bawah.
Kutipan sampah pukal akan dilaksanakan di semua kawasan Parlimen pada 6, 7 dan 8 Februari (sila rujuk jadual). Kutipan akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Jika pembersihan tidak sempat disiapkan pada tarikh-tarikh tersebut maka pembersihan diteruskan pada 9 Februari.
Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan kutipan tambahan bagi sisa-sisa pukal. Kutipan biasa sisa-sisa pukal pada setiap hari Selasa di seluruh Seberang Perai akan berlangsung seperti biasa. Manakala kutipan sisa-sisa domestik (sampah biasa) juga akan mengikut jadual biasa.
Justeru, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya 1) mengenalpasti tarikh-tarikh kutipan biasa dan kutipan tambahan supaya sisa-sisa pukal boleh diletakkan di luar rumah semasa tarikh kutipan. 2) mengamalkan sikap kesederhanaan dan menggalakkan tabiat mengurangkan sampah – jika boleh jangan dibuang begitu sahaja perabot dan perkakasan lama. Amalkan budaya kitar-semula. 3) Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada pegawai yang bertugas di kawasan masing-masing ataupun kepada Ahli-ahli Majlis.
Selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina kepada semua warga Tiong Hua dan selamat bercuti kepada yang lain.
Steven Sim
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Seberang Perai
BIL |
PARLIMEN |
DUN |
TARIKH KUTIPAN |
NAMA PIC & NO.TEL |
1 | KEPALA BATAS | PINANG TUNGGAL
BERTAM PENAGA |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
ALIFF ASYRAF B ABD HAMID (0124899758)
MOHD TAHIR B OTHMAN (0124740526) |
BACKUP | PINANG TUNGGAL
BERTAM PENAGA |
9/2/2013 | ||
2 | TASEK GELUGOR | PMTG BERANGAN
SUNGAI DUA TELUK AIR TAWAR |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
MOHD YUSRAN B MOHD YUNUS (0195729556)
SABRI B SIDEK (0124740535) |
BACKUP | PMTG BERANGAN
SUNGAI DUA TELUK AIR TAWAR |
9/2/2013 | ||
3 | BAGAN | SUNGAI PUYU
BAGAN JERMAL BAGAN DALAM |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
ABDUL WAHAB B JAAFAR (0124740540)
ZAINI BT ABDUL RASHID (0194506946) |
BACKUP | SUNGAI PUYU
BAGAN JERMAL BAGAN DALAM |
9/2/2013 | ||
4 | PMTG PAUH | PMTG PASIR
SEBERANG JAYA PENANTI |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
MOHD NORAZIZUL B SHAHABDIN (0133041331)
MOHD AZHAR B BAKAR (0124740507) |
BACKUP | PMTG PASIR
SEBERANG JAYA PENANTI |
9/2/2013 | ||
5 | BUKIT MERTAJAM | BERAPIT
PADANG LALANG MACHANG BUBOK |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
NORSHAHADA BT RAMLI (0132648642)
GHUZAIMI B HARUN (0175962827) |
BACKUP | BERAPIT
PADANG LALANG MACHANG BUBOK |
9/2/2013 | ||
6 | BATU KAWAN | PERAI
BUKIT TENGAH BUKIT TAMBUN |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
KHIF NOOR,B. MOHD KHALID (0124205040)
MOHD AWALLUDIN B MOHD MUSTAFA (0124677354) |
BACKUP | PERAI
BUKIT TENGAH BUKIT TAMBUN |
9/2/2013 | ||
7 | NIBONG TEBAL | JAWI
SUNGAI BAKAP SUNGAI ACHEH |
6/2/2013
7/2/2013 8/2/2013 |
EBRAMSAH B V.S.S ABDUL (0164810511)
SUNDRAM A/L VENGADESON (0194247689) |
BACKUP | JAWI
SUNGAI BAKAP SUNGAI ACHEH |
9/2/2013 |
1 thought on “PRESS: Jadual pembersihan sisa-sisa pukal tambahan MPSP sempena Tahun Baru Cina 2013”