Bahasa Malaysia, General, Govt, Politics

PRESS: Jawatankuasa terpilih khas tidak berupaya bawa pembaharuan dan hanya akan menghalalkan taktik UMNO-BN. Najib patut laksana tuntutan BERSIH 3.0 untuk kembalikan kewibawaan SPR

Kenyataan Akhbar

02062013 | Bukit Mertajam

Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen. Saya berpendapat ini merupakan taktik terbaru UMNO-BN untuk menghalalkan sebarang tindakan SPR bagi mengekalkan kuasa mereka.

Jika Perdana Menteri betul-betul ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya, saya menyeru beliau segera melaksanakan tuntutan BERSIH 3.0, iaitu 1) melaksanakan lapan tuntutan BERSIH 2.0, 2) pimpinan SPR meletak jawatan segera kerana kehilangan keyakinan rakyat terhadap SPR dan 3) membenarkan pemantau antarabangsa bebas untuk memantau pilihan raya.

Jika ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu, maka sebarang perubahan hanyalah perubahan kosmetik dan bakal menjadi satu lagi projek penipuan Barisan National.  

Pengalaman kita dalam Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen untuk Penambahbaikan Pilihan Raya April 2012 menunjukkan bahawa mekanisme ini dengan sendirinya tidak mampu untuk membawa sebarang perubahan yang ketara. Bukan sahaja tiada debat dibenarkan sebelum penerimaan laporan tersebut malah Parlimen tidak membenarkan laporan minoriti diterbitkan bersama. Suara Pakatan Rakyat yang ternyata mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia di PRU13 tidak diberi perhatian. Akhirnya hanya satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan iaitu penggunaan dakwat kekal, dan seperti yang sedia maklum daripada ribuan aduan serta laporan-laporan polis yang dibuat, dakwat kekal pun sebenarnya tidak kekal.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: