Bahasa Malaysia, Economy, Featured, General, Govt, Politics

Bestinet, sebelum ini digantung, kini beroperasi sepenuhnya

Kenyataan Media oleh Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

2 Januari 2017 | BUKIT MERTAJAM

Pada sidang Parlimen yang lepas, saya dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri bahawa Bestinet Sdn. Bhd., syarikat IT swasta kontroversial yang didakwa milik pemimpin UMNO, yang telah digantung sebelum ini, kini telah beroperasi sepenuhnya.

Menteri menyatakan bahawa Bestinet kini bertanggungjawab ke atas perlaksanaan modul BioMedical dan eVDR (visa dengan rujukan) melalui sistem pengurusan pekerja migran berkomputer, FWCMS (Foreign Workers Centralized Management System).

Walaupun kerajaan mendakwa bahawa ia tidak membayar Bestinet untuk sistem tersebut, namun Menteri mengakui bahawa Bestinet mengenakan caj sebanyak RM100 untuk setiap pekerja migran yang melalui FWCMS.

Dengan anggaran seramai 2 juta pekerja migran setiap tahun, Bestinet akan memperoleh kira-kira RM200 juta setahun melalui monopoli ini. Ini tidak termasuk pegangan oleh Bestinet lain-lain bayaran yang dikenakan oleh kerajaan ke atas majikan yang memohon melalui FWCMS.

Namun, ada beberapa masalah dengan kontrak mewah Bestinet tersebut.

Pemeriksaan perubatan dua kali hanya untuk memenuhi dua kroni?

Pertama sekali, pada masa kini, sememangnya sudah ada pemeriksaan perubatan Fomema yang diwajibkan kepada semua pekerja migran. Setiap pemeriksaan tersebut dikenakan bayaran sehingga RM190. Sebelum ini saya telah membangkitkan bahawa Fomema Sdn. Bhd., satu lagi kroni dalam rangkai kartel industri migran mengaut lebih RM200 juta setahun dalam monopoli pemeriksaan perubatan wajib pekerja migran.

Justeru, mengapa Bestinet kini dibenarkan untuk mengenakan satu lagi pemeriksaan perubatan wajib ke atas pekerja migran?

Amat jelas sekali, dasar pekerja migran kerajaan pusat lebih didorong oleh keperluan kroni dalam kartel dan bukannya keperluan sebenar daripada industri.

Satu lagi kroni mendapat keuntungan atas angin

Keduanya, seperti yang telah saya bangkitkan di luar dan di dalam parlimen, mengapa Jabatan Imigresen tidak menguruskan sendiri permohonan eVDR?

Dalam hal itu, jabatan tersebut telahpun menyediakan perkhidmatan atas talian untuk permohonan visa dan pas perjalanan lain. Bestinet sekadar hanya orang tengah yang dibayar ratusan juta setahun untuk melakukan kerja remeh-temeh bagi pihak Jabatan Imigresen.

Kartel pengambilan pekerja anjuran agen-agen Malaysia di negara-negara penghantar

Aktivis di negara – negara penghantar sebelum ini turut mengadu tentang agen-agen kerajaan Malaysia yang melantik kartel pengambilan dan ejen pemeriksa kesihatan pekerja di negara mereka. Kartel ini mewujudkan satu rangkaian monopoli perniagaan yang menguntungkan.

 

Sudah tentu amalan sedemikian akan mendorong kepada rasuah dan lain-lain salahguna kuasa serta eksploitasi ke atas pekerja migran. Kesemua ini akan memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia kerana negara kita terus menyerap pekerja migran yang diambil melalui cara yang tidak bertanggungjawab dan proses yang meragukan.

Adakah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru akan melawan tekanan politik demi pembaharuan jabatan?

Pada Julai tahun lepas, saya menyambut baik pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru iaitu, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mustafar Ali.

Saya telah menyeru Mustafa untuk melaksanakan tiga pembaharuan kritikal, iaitu,

  1. Hentikan dan mengkaji semula semua kontrak syarikat swasta dengan Jabatan Imigresen sejak Januari 2015. Tender terbuka perlu dilaksanakan untuk semua kontrak selepas ini;
  1. Menubuhkan pasukan siasatan peringkat tinggi pelbagai jabatan yang akan diketuai oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bersama-sama dengan SPRM dan PDRM, untuk benar-benar menghapuskan sindiket orang dalaman yang menjalankan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang;
  1. Menyokong seruan pembangkang untuk membentuk Suruhanjaya Diraja Pembaharuan Imigresen bagi membersihkan sepenuhnya seluruh jabatan.

Hampir setengah tahun telah berlalu sejak pelantikan Mustafa dan kita masih tidak melihat apa-apa langkah yang berkesan sedang dilaksanakan.

Sebaliknya, semakin banyak kroni-kroni sedang ditambah ke dalam kartel industri migran, sebuah rangkaian syarikat swasta yang rapat dengan parti pemerintah yang mendapat untung berbilion-bilion ringgit melalui penyediaan perkhidmatan kepada Jabatan Imigresen.

Tahun baru ini, adakah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen akan melawan tekanan politik dan menyertai kami untuk mendedahkan kepincangan dan memberhentikan aktiviti kartel?

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Jurucakap, Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: