Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, Politics, press

Kerajaan persekutuan perlu memulihkan pilihan raya tempatan di KL, Putrajaya dan Labuan, bukan menjadikan Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka sebagai Wilayah Persekutuan

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

03 FEBRUARI 2017 | BUKIT MERTAJAM

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk “mengambil Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka” sebagai Wilayah Persekutuan. (Sumber: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/tengku-adnan-hopes-to-expand-federal-territories-to-penang-langkawi-and-par)

Kenyataan Tengku Adnan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab serta melanggari undang-undang malah merupakan percubaan untuk memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Jelas, ini merupakan tindakan untuk merampas kuasa rakyat.

Bajet KL lebih 13 kali ganda bajet kerajaan negeri, tetapi rakyat KL tidak mempunyai undi menentukan kerajaan

Wilayah Persekutuan kini ditadbir oleh kerajaan yang tidak dipilih melalui pilihan raya, dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar, Presiden dan Pengerusi masing-masing bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Di Wilayah Persekutuan, tidak ada kawasan undangan negeri, dan kerajaan tempatan dilantik terus oleh kerajaan pusat.

Namun, “agen-agen kerajaan pusat” ini tetap mengutip cukai dan membelanjakan wang rakyat. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka akan mengutip lebih RM1 billion dalam bentuk cukai taksiran pada tahun ini, merangkumi 42% daripada jumlah hasil Dewan Bandaraya untuk 2017.

Perbelanjaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun ini pula sebanyak RM2.87 billion, iaitu melebihi 13 kali ganda bajet kerajaan negeri Perlis, dan hampir dua kali ganda bajet kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Terengganu.

Kecuali Selangor, Sabah dan Sarawak, bajet Kuala Lumpur jauh melebihi bajet sepuluh kerajaan negeri lain di Malaysia.

Bezanya ialah, rakyat di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan hanya boleh mengundi untuk pilih wakil rakyat di peringkat Parlimen manakala rakyat di negeri-negeri lain mempunyai kerajaan negeri yang dipilih melalui pilihan raya dan mereka diwakili bukan sahaja oleh Ahli Parlimen, malah juga oleh Ahli Dewan Negeri.

Di Pulau Pinang, kerajaan negeri juga telah meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 bagi mengembalikan undi ketiga kepada rakyat.

Tamatkan separuh abad “percukaian tanpa perwakilan” dan pulihkan demokrasi di Wilayah Persekutuan

Justeru, saya ingin memberi amaran kepada Menteri Wilayah Persekutuan agar jangan merosakkan demokrasi di negara ini. Daripada menjadikan tempat-tempat lain semacam Wilayah Persekutuan, saya menggesa agar Menteri memulihkan pilihan raya tempatan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bulan ini merupakan ulangtahun ke-65 pilihan raya Kuala Lumpur yang berlangsung pada 16 Februari 1952.

Bulan depan pada Mac pula merupakan ulangtahun ke-52 pilihan raya tempatan dimansuhkan di negara ini.

Selepas lebih separuh abad hidup dalam keadaan “percukaian tanpa perwakilan”, masanya sudah tiba untuk kerajaan persekutuan mengembalikan kuasa kepada rakyat di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah, Penang Institute

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: