Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, Politics, press

Memberi keterangan di bawah siasatan Akta Perhimpunan Awam

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

13 APRIL 2017 | BUKIT MERTAJAM

Pada jam 3pm tadi, saya hadir ke Balai Polis Tanjong Tokong untuk memberi keterangan siasatan satu kes di bawah s 9(5) Akta Perhimpunan Aman. Ini berikutan penyertaan saya dalam forum “Selamatkan Malaysia” di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 12 April 2016, genap satu tahun yang lepas.

Saya dan peguam saya Sdr Ramkarpal Singh telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Sdri Kasthuri Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan juga dipanggil untuk hadir ke Balai Polis semalam bagi kes yang sama. 

Kami telah dimaklumkan bahawa laporan polis dibuat oleh pihak polis sendiri.

Saya berasa amat kecewa jentera polis dikerahkan dengan cara ini; memantau dan menyiasat Ahli Parlimen dan ahli politik pembangkang yang tidak melakukan jenayah.

Dalam keadaan negara kita di mana beberapa orang awam seperti Raymond Koh diculik pada siang hari dan sehingga kini polis bukan sahaja masih gagal menyelamatkan beliau malah berlaku lagi beberapa kes kehilangan orang, segala jentera dan tenaga kerja polis patut disalurkan untuk menyelesaikan masalah jenayah seperti ini, bukan menjadi “nanny” (pengasuh) kepada ahli politik pembangkang.

Ini bukan sahaja membuang masa saya yang lebih baik digunakan untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen malah membebankan pihak polis yang selalu mendakwa bahawa mereka kekurangan anggota untuk melawan jenayah.

Saya akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis tetapi saya tidak akan gentar atau berundur daripada terus melawan kemungkaran dan mempertahankan hak rakyat.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: