Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, Politics, press, World

Zahid Hamidi perlu berhenti menyalahguna agensi kerajaan untuk berpolitik dan fokus kepada menyelesaikan krisis Kementerian Dalam Negeri

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

1 OGOS 2017 | PARLIMEN, KUALA LUMPUR


Pada 16 Mei 2017, akhbar NST melaporkan bahawa terhadap TIDAK KURANG daripada 30 orang pengganas Daesh yang ditahan di negara lain atas cubaan untuk menyertai kumpulan pengganas tersebut di Syria telah dengan senyap memasuki Malaysia. (Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2017/05/239653/exclusive-threat-unwanted-tourists)

Pengganas Daesh ini telah dikategori sebagai “berisiko tinggi” namun, mereka berjaya melepasi pintu imigresen Malaysia yang merangkumi sistem biometrik dan komputer berbilion ringgit.

Laporan akhbar tersebut memetik kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa, kehadiran individu-individu ini menggugat keselamatan negara kita.

Pihak berkuasa telah dikerahkan untuk mengesan dan menahan pengganas Daesh tersebut.

Pada 31 Julai 2017, saya telah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri di Parlimen tentang status pengganas Daesh tersebut dan ini jawapan yand saya terima daripada Menteri:

Laporan akhbar tersebut telah menyentuh mengenai kehadiran lebih kurang 30 orang warga asing ke Malaysia yang disyaki dan diusir dari beberapa buah negara khususnya Turki kerana terlibat dengan aktiviti keganasan. Pengusiran tersebut telah dibuat tanpa mengikut prosedur kerana pihak berkuasa Malaysia seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Wisma Putra tidak dimaklumkan terlebih dahulu dan “last port of embarkation’ mereka bukan dari Malaysia. Walau bagaimanapun, PDRM telah menahan seramai 14 orang dan kesemua mereka telah diusir.

Ada dua perkara yang amat serius di sini:

Pertama, mengapa pihak berkuasa imigresen Malaysia membenarkan pengganas Daesh ini memasuki Malaysia?

Saya telah banyak kali membangkitkan tentang masalah sistem imigresen berbilion ringgit yang ada pada masa kini serta penglibatan sindiket “orang dalam” yang melakukan kerja khianat membolehkan kemasukan orang asing secara tidak sah ke dalam negara kita.

Semasa krisis MH370, Imigresen Malaysia telah dikritik atas pengakuan mereka sendiri bahawa mereka gagal memeriksa pelawat ke Malaysia terhadap maklumat di pangkalan data Interpol sehingga membenarkan dua orang warga Iran dengan paspot palsu masuk keluar negara kita.

Hari ini, pada dua bulan yang lepas, kerajaan telah membenarkan TIDAK KURANG daripada 30 orang pengganas Daesh melepasi sempadan kita!

Keduanya, selepas hampir dua bulan, pihak berkuasa hanya mampu mengesan kurang daripada separuh pengganas Daesh tersebut yang memasuki negara kita pada Mei 2017.

Bagaimana pula dengan yang lain?

Kini rakyat Malaysia berdepan dengan scenario ada sekurang-kurangnya 16 pengganas Daesh yang masih bergerak bebas di kalangan kita. Dan angka tersebut pun belum dikenalpasti tepat lagi kerana kita tidak tahu berapa ramai orang asing sebenarnya yang telah memasuki negara ini yang mempunyai simpati terhadap ideologi Daesh.

Kesemua isu ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Justeru, jelas di sini bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang menghadapi suatu krisis.

Amat malang sekali, Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sibuk berpolitik dan sanggup mengerahkan tenaga kerja agensi di bawah Kementerian beliau untuk mencari dan menggorek maklumat kad pengenalan Dr. Mahathir Mohamad, sedangkan beliau dan agensi-agensi di bawah Kementerian beliau patut bekerja dengan serius menanangi krisis di bawah Kementerian Dalam Negeri tersebut.


Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah, Penang Institute

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: