Bahasa Malaysia, Economy, Featured, General, Govt, Politics, press

Dalam keadaan negara bergelumang dalam skandal kewangan 1MDB, hanya pekerjaan bergaji rendah dan menengah-bawah ditawarkan dalam empat tahun kebelakangan ini.

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

08 OGOS 2017 | PARLIMEN, KUALA LUMPUR

Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Pemandu Idris Jala meuar-uarkan bahawa kita hanya kurang 15% sahaja daripada mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.

Namun, berdasarkan laporan Menteri Sumber Manusia kepada saya di Parlimen pada 3 Ogos 2017, realitinya amat muram sekali.

Saya telah bertanya soalan tentang bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh beberapa tahun ini.

Berikut merupakan antara jawapan yang diberikan Menteri:

Tahun Bilangan pekerjaan yang ditawarkan
2013 166,343
2014 98,286
2015 115,237
2016 133,401
2017 (sehingga Julai 2017) 159,325
Jumlah 672,592

Jadual 1: Bilangan pekerjaan yang ditawarkan mengikut tahun (Sumber: Jawapan Parlimen oleh Menteri Sumber Manusia kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 3 Ogos 2017)

Menteri enggan memberikan perincian lanjut tentang pekerjaan ini termasuk pecahan mengikut industri. Beliau sekadar menyatakan bahawa “kebanyakan kekosongan jawatan ini disumbangkan oleh sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, dan perkhidmatan”.

Mengikut kenyataan Menteri yang sama, dalam tempoh masa empat (4) tahun ini, “purata gaji yang ditawarkan adalah antara RM1000 hingga RM5000”.

Bandingkan ini dengan M40, takrifan kerajaan sendiri untuk golongan berpendapatan 40% pertengahan dengan pendapatan bulanan antara RM3,860 – RM8,319. (Source: https://www.malaysiakini.com/news/316993)

Dalam kata lain, pekerjaan yang ditawarkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini hanyalah pekerjaan bergaji rendah dan menengah-bawah sahaja.

Kerajaan gagal sama sekali untuk menanangi masalah pekerjaan untuk anak muda

Berita yang lebih buruk ialah; anak muda Malaysia tidak mendapat peluang pekerjaan tersebut, waima pekerjaan bergaji rendah sekalipun.

Di masa Menteri kita begitu bangga mengumumkan adanya lebih 672,000 peluang pekerjaan, anak muda Malaysia hanya mampu melihat sahaja tanpa dapat merasainya.

Kadar pengangguran belia negara kita telah meningkat hampir 4% sejak 2013. Mengikut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia yang dikeluarkan pada Mac tahun ini, kadar pengangguran belia mencecah 10.7% pada tahun 2015, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional 3.1%.

Daripada lebih kurang 468,000 penganggur di Malaysia pada 2015, 60% merupakan anak muda Malaysia berumur antara 20-29 tahun.

Kumpulan umur Bilangan penganggur
15-19 84,000
20-24 189,000
25-29 92,000
30-34 35,000
35-39 20,000
40-44 12,000
45-49 9,000
50-54 6,000
55-59 2,000
60-64 1,000

Jadual 2: Bilangan penganggur mengikut kumpulan umur, 2015 (Sumber: Laporan Tahunan 2016, Bank Negara Malaysia)

Semua ini bukan perkara yang mengejutkan. Di bawah gabenor yang terdahulu, Bank Negara telah memberi amaran tentang krisis keyakinan dan kredibiliti terhadap ekonomi Malaysia yang disebabkan oleh skandal kewangan yang tidak terselesai.

Dalam keadaan negara kita bergelumang dalam skandal kewangan 1MDB, rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan akibat buruknya; GST, peningkatan kos sara hidup, dan pasaran kerja yang tidak bermaya menyebabkan pengangguran serta gaji yang rendah.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: