Bahasa Malaysia, Featured, General, Govt, press

Pendedahan Al Jazeera tentang isu imigresen Malaysia: Empat soalan untuk Menteri Dalam Negeri

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

09 OGOS 2017 | PARLIMEN, KUALA LUMPUR

Media antarabangsa Al-Jazeera telah mengeluarkan satu dokumentari khas pada 20 Julai 2017 tentang penindasan pekerja migran di Malaysia dan juga salah guna kuasa oleh Imigresen Malaysia.

Saya juga ditemuramah dalam dokumentari tersebut untuk memberikan pandangan saya terhadap isu ini.

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa rakaman dalam dokumentari tersebut sudah tidak relevan kerana dibuat enam bulan yang lepas, dan pada April 2017, kerajaan telahpun melaksanakan suatu sistem atas talian untuk pendaftaran pekerja migran bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Laporan Al-Jazeera tersebut juga menunjukkan seorang individu yang mendakwa beliau mempunyai “surat sokongan” daripada Kementerian Dalam Negeri yang bertujuan untuk mempercepatkan kelulusan bagi permohonan tertentu bagi mendapatkan pekerja migran.

Zahid Hamidi tidak boleh memandang ringan dakwaan yang serius tersebut. Ini bukannya masalah baru, saya sendiri telahpun banyak kali membangkitkan tentang masalah-masalah dalam sistem imigresen negara kita.

Berkaitan laporan Al-Jazeera tersebut, Menteri Dalam Negeri perlu menjawab empat soalan berikut:

  1. Rakaman dokumentari bukan dibuat enam bulan yang lalu, tetapi dibuat di antara Mac dan April tahun ini – saya sendiri telah ditemuramah dalam bulan Mac. Namun, jika benar seperti yang dikatakan oleh Menteri bahawa sistem baru telahpun dilaksana pada April 2017, mengapa masih berlaku kemasukan pekerja tanpa kebenaran seperti yang didedahkan di Johor di mana pekerja negara China masuk ke Malaysia tanpa permit pekerjaan untuk bekerja di Forrest City dan pembangunan berkaitan syarikat China yang lain di Johor?

  2. Jika “surat sokongan” yang didakwa itu palsu, mengapa pihak Kementerian tidak menjawab soalan daripada pemberita Al-Jazeera untuk memberikan penjelasan tentang keadaan sebenar dengan serta merta?
  3. Saya telah membangkitkan bahawa tiga buah syarikat telah diberi kontrak eksklusif melalui rundingan terus untuk menjalankan aktiviti pemutihan PATI: i) Iman Sdn. Bhd., ii) MyEg Bhd., and iii) Bukti Megah Sdn. Bhd. Kesemua syarikat ini mempunyai hubungan dengan parti pemerintah UMNO dan dalam kenyataan saya bertarikh 14 April 2017, saya telah mendedahkan bahawa salah seorang pengarah Bukti Megah ialah seorang bekas ADUN UMNO yang kini bertugas sebagai pegawai khas Zahid Hamidi. Ini jelas mempunyai percanggahan kepentingan dan elemen salahguna kuasa – mengapa syarikat-syarikat ini masih belum dilucutkan kontrak mereka?

  4. Setelah begitu banyak kepincangan didedahkan dalam sistem imigresen negara kita, saya telah berkali-kali menyeru kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Pembaharuan Imigresen bagi menyiasat dan memperbaharui secara menyeluruh sistem imigresen ktia. Mengapa sehingga kini, kerajaan enggan untuk melaksanakan perkara ini?

Semalam, Zahid Hamidi berkata bahawa beliau, Kementerian Dalam Negeri serta semua jabatan dalam kementerian tersebut adalah bebas rasuah. Jika ini benar, maka beliau perlu tampil untuk menjawab keempat-empat soalan di atas bagi menjelaskan segala keraguan yang timbul daripada dokumentari tersebut.

 

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia

 

Advertisements

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: