General

Kerajaan UMNO-BN hilang kredibiliti dan moral authority lantas menggunakan “akta sakit hati” untuk menutup mulut rakyat

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

21 FEBRUARI 2018 | BUKIT MERTAJAM

Kerajaan UMNO-BN hilang kredibiliti dan moral authority lantas menggunakan “akta sakit hati” untuk menutup mulut rakyat.

Setelah hampir dua tahun sejak didakwa pada 2016 yang lalu, artis grafik, Fahmi Reza akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan serta denda sehingga RM30,000.00 di Mahkamah Sesyen Ipoh di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan beliau? Menyakitkan hati pemimpin negara melalui sebuah karya grafik satira politik yang disiarkan di laman sosial beliau.

Baru sahaja dua minggu yang lalu, seorang pengguna media sosial Azhar Mamat turut dijatuhkan hukuman penjara dan denda di bawah akta yang sama, juga atas sebab yang hampir serupa iaitu mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara dalam laman sosial. Hukuman penjara yang dikenakan ke atas beliau malah mencecah sehingga empat bulan hanya kerana menerbitkan komentar politik peribadi beliau di laman sosial.

Maka benarlah bahawa di Malaysia ini, pemimpin UMNO-BN sudah menjadi begitu gila kuasa sehingga menggunakan “akta sakit hati” untuk menghukum orang yang menyakitkan hati kerajaan.

Kritik dan satira politik diibaratkan seperti jenayah berat, sehingga pelaku boleh dipenjara dan didenda seberat-beratnya, sedangkan kleptokrat sebenar yang dikritik itu kekal bebas dan bermaharajalela.

Jika dengan undang-undang sedia ada pun pemerintah boleh sesuka hati menghukum pandangan yang tidak bersetuju dengannya, maka sah jika digubal undang-undang berita palsu seperti yang dicanangkan baru-baru ini, akan ada lebih ramai lagi mangsa kezaliman “akta sakit hati” kerajaan.

Hakikatnya, UMNO-BN sudah hilang kredibiliti dan moral authority disebabkan perbuatan kleptokrasi dan skandal rasuah 1MDB. Dalam keadaan ini, undang-undang anti-demokrasi digunakan untuk menutup mulut rakyat yang mengkritik kerajaan.

Di sini saya ingin menyatakan solidariti saya terhadap Fahmi Reza dan mengecam tindakan “akta sakit hati” terhadap beliau. Beliau telah mencadangkan dalam Facebook beliau semalam untuk mengutip dana melalui crowdfunding bagi membayar denda RM30,000.00 tersebut. Saya menyokong dan akan menyumbang ke arah kutipan tersebut.

Akhir sekali, saya memetik puisi Peringatan oleh Widji Thukul sebagai ingat-ingatan buat kerajaan hari ini:

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,
suara dibungkam, kritik dilarang tanpa alasan,
dituduh subversif dan mengganggu keamanan,
maka hanya ada satu kata: Lawan!

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: