Bahasa Malaysia, Community, Economy, Featured, General, Govt, Politics, press

Arak murah: Laksanakan Peraturan-peraturan Makanan (Pindaan) 2016, Akta Makanan 1983 dengan serta merta

Sebahagian ucapan bahas titah DiRaja oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim pada 12 MAC 2018 di Dewan Rakyat

130318 | KUALA LUMPUR

Pada 30 Mac 2015, saya telah membangkitkan bantahan saya terhadap gejala penjualan arak murah di Malaysia. Melalui usaha masyarakat sivil termasuk Malaysian Anti-Cheap Liquor Movement yang diketuai oleh Saudara David Marshell dari Pulau Pinang, yang juga merupakan pengerusi Tamilar Kural Malaysia, kerajaan akhirnya meminda Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 pada Mei 2016 untuk mengetatkan lagi aktiviti penjualan minuman beralkohol.

Antaranya, pindaan tersebut merangkumi larangan menjual arak kepada mereka yang di bawah umur 21 tahun, sebatian minuman keras (compounded hard liquor) tidak boleh dijual dalam botol selain kaca dan kurang daripada 700 ml. Pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara sehingga dua tahun. Kerajaan juga telah berjanji bahawa larangan baru bagi penjualan alkohol ini akan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2017.

Semua usaha ini adalah untuk menanangi gejala arak murah yang boleh dibeli dengan mudah di kedai runcit, dan kedai ubat sekalipun dalam botol kecil 150 ml dengan harga serendah RM5. Tinjauan menunjukkan bahawa ada lebih kurang 200 jenama arak murah yang dijual di seluruh Malaysia. Ada antaranya berjenama seperti “Vodka Oren, Apple, Laici, Sarsi” yang jelas bertujuan menarik perhatian anak-anak muda termasuk remaja dengan nama-nama yang begitu jinak sedangkan arak murah ini bukan sahaja merbahayakan kesihatan malah boleh membawa maut! Paling teruk lagi, ada sesetengah arak murah dilabelkan sebagai “ubat” dan dijual di kedai ubat.

Dua tahun selepas pindaan larangan menjual arak murah, peraturan tersebut masih belum dikuatkuasakan lagi

Namun sedihnya, sehingga hari ini, hampir dua tahun selepas pindaan kepada Peraturan-peraturan Makanan 1985 dibuat pada tahun 2016, dan hampir empat bulan selepas tarikh berkuatkuasa pindaan tersebut, kerajaan masih enggan melaksanakan Peraturan terbaru itu.

Malah, amat malang sekali, pada bulan November 2017 yang lalu, kerajaan telah mengeluarkan arahan menangguhkan penguatkuasaan peraturan baru tersebut tanpa diberikan tarikh baru untuk penguatkuasaan. Kerajaan juga gagal memberikan sebarang sebab ke atas penangguhan tersebut.

Menteri Kesihatan Dr. S. Subramaniam mesti menjawab sendiri kepada Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia mengapa undang-undang yang dipinda oleh kerajaan sendiri, dan janji-janji beliau kepada rakyat untuk menghentikan penjualan arak murah dimungkiri tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Saya menyeru agar pindaan 2016 terhadap Peraturan-peraturan Makanan 1985 dikuatkuasakan dengan serta merta juga tanpa dilengahkan lagi.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Timbalan Jurucakap, Jawatankuasa Parlimen DAP untuk Sumber Manusia

 

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: