Bahasa Malaysia, Community, Economy, Featured, General, Govt, Politics, press

FELCRA: Kerugian hampir RM 600 juta setahun ditanggung oleh peserta akibat urusniaga haram antara FELCRA dengan pihak ketiga

Sebahagian ucapan bahas titah DiRaja oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim pada 12 MAC 2018 di Dewan Rakyat

12 MAC 2018 | KUALA LUMPUR

Saya ingin mendedahkan satu amalan yang tidak bertanggungjawab oleh FELCRA yang bukan sahaja membelot kepercayaan peserta malah melanggari undang-undang.

Saya telah menerima dua set invois jualan kelapa sawit FELCRA kepada pihak ketiga.

Dalam kedua-dua invois tersebut yang merujuk kepada jualan pada tahun 2015 dan 2017 masing-masing, kadar perahan minyak sawit ataupun oil extraction rate (OER) yang digunapakai ialah 14.5% dan 14%.

Merujuk kepada Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB (Edisi Ketiga – 2015), OER minima yang boleh digunapakai bagi Semenanjung Malaysia ialah 18% manakala bagi Sabah dan Sarawak pula ialah 18.5%.

Ini bermakna, FELCRA telah melanggari peraturan menjual sawit dengan OER yang jauh lebih rendah daripada OER minima yang ditetapkan oleh undang-undang. Tindakan FELCRA itu juga telah mendatangkan kerugian besar kepada pihak peserta.

Kiraan kasar saya menunjukkan bahawa, jika FELCRA menggunakan OER dan KER (Kadar perahan isirung) yang rendah tersebut, dan kita bandingkan dengan menggunapakai OER dan KER minima sekalipun, kerugian kepada peserta FELCRA adalah sebanyak RM150 setiap tan. (Rujuk Jadual 1)

Merujuk kepada Laporan Tahunan FELCRA pada tahun 2013, tanah peserta FELCRA di seluruh negara seluas 208, 657 hektar. Berdasarkan laporan MPOB, purata pengeluaran bagi tahun 2013 ialah 19.02 tan/hectar setahun. Ini bersamaan dengan penghasilan lebih kurang 4 juta tan buah sawit bagi tahun 2013. Jika setiap tan rugi RM150, maka bagi 4 juta tan, kerugian kepada para peserta FELCRA akan mencecah RM600  juta bagi tahun itu. (Rujuk Jadual 2)

Apa yang sedang terjadi di sini?

Saya dimaklumkan bukan semua ladang menjual dengan OER dan KER begitu rendah, namun, peserta mengadu bahawa FELCRA sering menjual buah sawit tanpa mengikut OER dan KER yang ditetapkan oleh undang-undang lalu menyebabkan para peserta mengalami kerugian besar.

Peserta FELCRA mengalami nasib seperti peneroka FELDA yang telah ditipu oleh FELDA

Sebelum ini sudah ada beberapa saman peneroka terhadap FELDA atas isu penipuan OER yang sama.

Malah, pada Ogos 2010, Mahkamah Persekutuan telah memerintah FELDA membayar RM11 juta kepada peneroka di FELDA Kemahang atas penipuan kadar perahan yang lebih rendah.

Pada April 2012, 957 peneroka dari sepuluh tanah FELDA di Pahang juga turut menyaman atas dakwaan penipuan kadar perahan.

Kini berlaku pula isu penipuan OER ke atas peserta FELCRA pula.

Tubuh Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk siasat kerugian yang berpotensi mencecah RM600 juta setahun

Saya ingin mengajukan dua soalan kepada pihak kerajaan:

Pertama, mengapa FELCRA telah menjual sawit tanpa mengikut harga yang ditetapkan oleh undang-undang melalui kaedah OER dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB?

Keduanya, adakah berlaku unsur rasuah dan salahguna kuasa di mana, pihak ketiga yang menjadi orang tengah mengaut keuntungan haram menyebabkan kerugian mencecah RM600 juta setahun kepada peserta FELCRA?

Akhir sekali, saya menggesa kerajaan menubuhkan suatu jawatankuasa terpilih khas Parlimen untuk menyiasat isu penipuan OER dan KER bagi kedua-dua FELDA dan FELCRA memandangkan sudah berkali-kali berlaku pekara ini sehingga ada keputusan mahkamah yang mengesahkan salahlaku tersebut.


Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

 

 

Rujukan

A) OER minima mengikut peraturan 18%
B) OER yang dijual oleh FELCRA 14%
C) KER minima mengikut peraturan 4%
D) KER yang dijual oleh FELCRA 2.5%
E) Harga minyak sawit mentah RM2768/tan
F) Harga isirung sawit RM2686.50/tan
G) Anggaran kerugian

(4% x E) + (1.5% x F)

RM150/tan

Jadual 1: Rujukan yang digunapakai (kadar dan statistik 2017)

 

A) Keluasan ladang 208, 657 hektar
B) Pengeluaran/hektar/tahun 19.02 tan
C) Jumlah pengeluaran (A x B) 3, 968, 656 tan
D) Jika kerugian RM150/tan, maka anggaran kerugian keseluruhan (C x RM150) RM595, 298, 421

Jadual 2: Pengiraan anggaran kerugian keseluruhan (berdasarkan kadar dan statistik 2013)

About stevensim

www.about.me/stevensim

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: