Bahasa Malaysia, KBS

MySC ganti HSN

KUALA LUMPUR: Berbanding nama Hari Sukan Negara (HSN) yang sudah mula dikenali ramai, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat pengubahsuaian dengan menjenamakannya kepada Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19) yang akan berlangsung sepanjang Oktober ini.

“Seperti yang saya katakan, ini adalah kesinambungan kepada Hari Sukan Negara. Dahulu apabila kita melihat HSN ia adalah program sehari sahaja dan kita ingin luaskan lagi capaian misi atau objektif HSN menerusi satu program yang dikenali MySC.

“Saya rasa penjenamaan ini adalah untuk meningkkatkan lagi prestij dalam kalangan penggiat sukan bukan sahaja tempatan tetapi peringkat antarabangsa,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim selepas majlis minum petang MySC’19 di Stadium Nasional, di sini, hari ini. 

Steven berkata, pra pelancaran MySC’19 akan diadakan pada 14 September ini sementara pelancaran rasmi MySC’19 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 1 Oktober.

Ketika ditanya penggunaan nama baharu itu, Steven berkata: “Saya rasa tak ada masalah kerana intipatinya masih Malaysia, penganjur kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia juga tidak janggal dengan penggunaan bahasa lain.”

MySC akan berlangsung selama sebulan dengan pelbagai aktiviti kecergasan dan sukan bakal diadakan berbanding HSN yang disambut selama sehari pada minggu kedua Oktober pada setiap tahun dengan sasaran penyertaan juga diharap meningkat daripada 2 juta kepada sasaran 5 juta.

HSN mula diperkenalkan pada 2015 yang menjadi inisiatif daripada KBS dalam misi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s