Bahasa Malaysia, KBS, Politics, Sports, youth

Timb menteri pertahan Pemuda Bersatu dilantik jadi pegawai KBS

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim mempertahankan pelantikan anggota Pemuda Bersatu sebagai penyelaras pembangunan sukan negeri-negeri.

Beliau berkata, pelantikan mereka dibuat berdasarkan prosedur perkhidmatan awam sedia ada.

“Jadi saya rasa tiada masalah sama ada orang (yang dilantik) itu daripada kumpulan, persatuan atau parti mana,” katanya ketika ditanya pemberita di Bukit Jalil hari ini.

Sim tidak menjawab ketika ditanya sama ada pelantikan itu dibincangkan dengannya atau parti komponen Pakatan Harapan (PH), dan mengulangkan pendiriannya.

“Seperti saya katakan pelantikan mereka dibuat berdasarkan prosedur perkhidmatan awam yang ada. Tidak ada (keperluan) soal latar belakang mereka,” katanya lagi.

Beliau enggan menjawab ketika ditanya jika pelantikan itu berkaitan dengan amalan kronisme.

Terdahulu, surat kementerian berkenaan pelantikan 13 pegawai penyelaras sukan – seorang di setiap negeri, kecuali Sarawak – disebarkan di media sosial.

Surat bertarikh 19 Ogos itu menyatakan pegawai yang dilantik bertanggungjawab menyelaraskan program dan pembangunan sukan di negeri, dengan tumpuan kepada sukan paralimpik.

Mereka dijadual melapor diri di jabatan belia dan sukan negeri pada 21 Ogos ini.

Laman Facebook Pemuda Umno Tebrau kemudian memuat naik imej yang dikatakan sebagai senarai pegawai yang dilantik – bersama nama dan jawatan dalam Pemuda Bersatu.

Ia mempersoal sama ada pelantikan itu adalah kronisme dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hari ini Sim menggantikan Syed Saddiq di saat akhir untuk menghadiri taklimat dengan bakal pelabur untuk program Malaysia Sports Challenge yang bakal diadakan.

Soalan berkenaan pelantikan itu yang diutarakan kepada Syed Saddiq di kumpulan WhatsApp media tidak dijawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s