Bahasa Malaysia, Bukit Mertajam, Govt

Terima kasih SPRM, kata Steven Sim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membetulkan kesilapan dalam perisytiharan hartanya dalam laman web suruhanjaya itu.

Steven Sim yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata, maklumat yang dipaparkan pada laman web tersebut adalah salah kerana kesilapan SPRM sendiri.

“Dalam perisytiharan harta yang saya telah dikemukakan pada Oktober lepas, tiada sebarang perubahan dalam pendapatan dan aset saya mahupun isteri berbanding perisytiharan pada tahun lalu.

“Walaupun berlaku kesilapan yang kini telah diperbetulkan, saya tetap menyokong dasar perisytiharan harta dan yakin langkah ini mampu memastikan ketelusan serta mencegah salah guna kuasa dan budaya rasuah dalam kalangan wakil rakyat,” katanya satu kenyataan di sini hari ini.

Satu portal berita hari ini melaporkan aset peribadi Steven Sim dan isterinya meningkat dua kali ganda kepada RM658,000 pada 30 Oktober tahun ini berbanding RM329,000 pada tahun lalu (9 Oktober 2018). – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/61371/BERITA/Nasional/Terima-kasih-SPRM-kata-Steven-Sim
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s