Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Khianat – there is nothing new under the sun

Dalam syair Negarakretagama, ada cerita menarik tentang pengkhianatan politik. Bermula dgn Raja Singasari yg hebat bernama Kertanagara. Dibawah Kertanagara, Singasari berjaya kalahkan ramai musuh. Kerajaan Melayu spt Pahang mempunyai hubungan diplomatik dgn Singasari. 1/12

Image

Begitu megah sekali Kertanagara sehingga dia enggan untuk bernaung di bawah Kerajaan Yuan Mongol di China. Duta Yuan ke istana Singasari dipotong telinga apabila mencadangkan Singasari membayar ufti kepada Maharaja Yuan. 2/12

Marco Polo dalam catatan pengembaraannya menyebut bagaimana Jawa ketika itu diperintah oleh seorang Raja sahaja dan tidak tunduk kepada kuasa lain. Catatan ini merujuk kepada kehebatan kerajaan Singasari di bawah Kertanagara. 3/12

Image

Malangnya, salah seorang pembesar Kertanagara yang dilantik menjadi gabenor Madura dan diberi gelaran besar, Arya Wiraraja telah berkomplot dengan musuh Singasari, Jayakatwang (Raja Kediri) untuk menjatuhkan Kertanagara. 4/12

Pada tahun 1292, berlaku perang Singasari-Kediri yang berakhir dengan kematian Kertanagara. Negarakretagama menyebut keadaan negara ketika itu: “merata takut, duka, huru hara, laksana zaman Kali kembali, Raja bawahan bernama Jayakatwang, berwatak terlalu jahat, khianat…” 5/12

Menantu Kertanagara, Raden Wijaya pula mempengaruhi Arya Wiraraja untuk berkomplot dengannya bagi melawan Jayakatwang. Tapi, terlebih dahulu, Raden Wijaya kena “survive”. Arya Wiraraja berjaya memujuk Jayakatwang untuk membenarkan Raden Wijaya berundur ke hutan. 6/12

Di hutan itulah, Raden Wijaya membuka sebuah petempatan baharu yang diberi nama sempena buah pahit yang tumbuh di situ: Majapahit. Dari situ, Raden Wijaya dan Arya Wiraraja mula merancang untuk merampas balik takhta Kertanagara. 7/12

Image

Dalam pada itu, Yuan (yg tidak tau bahawa Kertanegara terbunuh dlm perang pemberontakan) telah menghantar bala tentera 20,000 orang dan 1,000 kapal perang untuk menundukkan Kertanegara. (Ingat bagaimana Kertanegara memalukan duta Yuan). 8/12

Image

Cerita jadi semakin pelik: Dalam Canto 44 Negarakretagama, menantu Kertanegara, Dyah (Raden) Wijaya pula “bersekutu dgn bangsa Tatar (Yuan), menyerang melebur Jayakatwang.” Tentera yang sepatutnya melawan ayah mertuanya kini dijadikan sekutu untuk melawan musuh. 9/12

Setelah menumpaskan Jayakatwang, Raden Wijaya pula mengajak tentera Mongol untuk mengiringnya pulang ke Majapahit dengan alasan mengambil ufti kepada Maharaja Yuan. Dalam perjalanan, tentera Raden Wijaya menyerang hendap tentera Yuan. Akhirnya Yuan terpaksa berundur. 10/12

Canto 45:

Beliau (Raden Wijaya) menjadi raja di Majapahit,

disayangi rakyat, pelebur musuh,

Bergelar Sri Narapati Kretarajasa Jayawardana.

Selama Kretarajasa Jayawardana di takhta,

Seluruh tanah Jawa bersatu padu. 11/12

Arya Wiraraja bantu Jayakatwang, khianati Kertanagara,kemudian dia bantu menantu Kertanagara,khianati Jayakatwang. Raden Wijaya tunduk pd Jayakatwang,kemudian komplot dng Yuan khianati Jayakatwang.Akhirnya Raden Wijaya khianati Yuan. There is nothing new under the sun. 12/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s