Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Gayatri, Gitarja, dan Suhita

Dalam Negarakretagama, Canto 49, disebut seorang perempuan, Gitarja, menaiki takhta Wilwatikta menjadi raja/ratu ke-3. Wilwatikta ialah nama lain bagi Majapahit. Setelah menjadi ratu, Gitarja bergelar Rani Jiwana Wijayatunggadewi. 1/7

Gitarja merupakan anak sulung kepada Raden Wijaya, pengasas Majapahit, dengan isterinya Gayatri. Kecantikan Gitarja dikatakan “mengalahkan rupa semua bidadari”. Gitarja menjadi ratu atas perintah ibunya, Gayatri yang bergelar Rajapatni. 2/7

Gayatri ketika itu tua,menjadi rahib Buddha. Namun, dia sering dirujuk dalam isu negara. Walaupun tidak pernah menjadi raja, Gayatri amat disanjungi dalam sejarah Majapahit. Beliau anak bongsu kepada Kertanegara, Raja Singasari yg berani melawan Yuan Mongol (cerita semalam) 3/7

Gayatri juga bersama suaminya Raden Wijaya mengasaskan kerajaan Majapahit dalam keadaan penuh kesukaran (cth. serangan musuh Kediri, Mongol). Dalam Canto 2, dia disebut bagai dewi Bagawati dan Canto 67 dewi Prajnyaparamita. Setiap tahun ada upacara memperingati Gayatri. 4/7

Pemerintahan Gitarja pula zaman peluasan empayar di mana pembesar Majapahit, Gajah Mada menempa nama. Sebagai Perdana Menteri, Gajah Mada bersumpah untuk menguasai nusantara. Sumpah Palapa itu ada kalanya digunakan oleh nasionalis sbg simbol penyatuan negara Indonesia. 5/7

Seorang lagi ratu Majapahit ialah cicit Gitarja yang bernama Suhita yang menjadi ratu Majapahit (yg ke-6). Ketika itu, kerajaan Melaka sudahpun ditubuhkan dan berada di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah (cucu Parameswara – ikut salasilah Prof. Wang Gungwu). 6/7

Begitulah kisah tiga orang perempuan yang pernah memegang tampuk pemerintahan Empayar paling kuat di nusantara pada kurun ke-14. Kehebatan perempuan nusantara terserlah! 7/7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s