Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Kisah wabak dari Hikayat Melayu – dengarlah nasihat pakar

Tiga hari saya berkongsi cerita dari syair purba Jawa, Negarakretagama. Hari ini, dalam kita berusaha melawan wabak Covid-19, saya nak kongsi satu cerita tentang wabak dari hikayat melayu. 1/7

Cerita ini dari Hikayat Abdullah karangan Abdullah B. Abdul Kadir atau Abdullah Munsyi. Lahir pd 1796 di Melaka, Allahyarham Dr Kassim Ahmad menggelarnya sbg “penulis Melayu besar abad ke19”. Pada umur 14 tahun saja, Abdullah Munsyi sudah dirujuk sbg pakar Bahasa Melayu. 2/7

Dalam Hikayat Abdullah ada mencatatkan kejadian wabak penyakit di Melaka pada tahun 1821:

“…di Melaka budak2 terlalu banyak mati daripada serba bangsa sebab penyakit ketumbuhan, hampir-hampir beribu-ribu yang mati.” (Penyakit ketumbuhan = cacar air/smallpox) 3/7

Abdullah perhati bahawa “orang putih memberi perintah menyuruh tanam ketumbuhan (beri vaksin)” tetapi ramai orang tempatan yg degil tak ikut arahan. Mereka kata: Nenek moyang tak pernah pun buat cara itu. Ada lagi yg kata: Jika dah takdir mati, bagi vaksin pun mati juga. 4/7

Abdullah mengkritik pemikiran sedemikian. Dia menulis:

“Allah ada memberi ikhtiar… apabila seseorang berpenyakit, jikalau tiada ia mencari ubat ia meninggalkan ikhtiar. Maka matinya itu teraniaya, seolah2 ia membunuh dirinya…” 5/7

Satu perkara saya perhati dlm wabak Covid-19 ialah, kita semua menaruh keyakinan pada pakar. Cth, semua rakyat Malaysia, tak kira agama, termasuk tokoh2 agama sendiri mendengar arahan pakar perubatan utk menutup tempat beribadat. 6/7

Seluruh negara mempercayai KP Kesihatan Dr. @DGHisham, bukan orang politik yg kadang kala beri nasihat perubatan yg tidak tepat. Selepas ini, saya harap kita teruskan tabiat mendengar nasihat pakar. 7/7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s