Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Sebab akal budak

Dalam Sulalatus Salatin, ada seorang alim ugama dari Pasai, Tun Jana Khatib namanya. Dia mengembara ke Singapura, namun disebabkan kezaliman pemerintah Singapura, dia akhirnya dihukum bunuh.  1/6

Cerita kita bermula selepas kematian Tun Jana Khatib. Seolah-olah hukuman terhadap kezaliman ke atas Tun Jana Khatib, “maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati.” 2/6

Raja Singapura mengarah orang berdiri beramai2 di pantai untuk jadi penghalang serangan ikan todak itu. Ramai yang mati. Ada seorang budak/anak muda berkata, “Apa kerja kita berkubukan betis ini? Lebih baik kita berkubukan batang pisang.” 3/6

Raja terdengar kata2 itu & setuju. Strategi berjaya. Muncung todak terlekat pd batang pisang & orang ramai pun bunuh todak tersebut. Maka muncullah lagu rakyat memuji kepandaian budak yg memberi idea itu:

Carik baju raja,

Dilompati todak;

Bukan disahaja,

Sebab akal budak. 4/6

Kerana cemburu, takut kpd kepandaian anak muda itu, para pembesar menfitnahnya. Raja pun bunuhnya. Pembunuhan anak muda itu digambarkan membawa kpd serangan Majapahit ke Singapura. (Raja Spura lari ke sebuah tempat yg akhirnya diberi nama Melaka, itu cerita hari lain). 5/6

Catatan nenek moyang kita memberi pengajaran, 1) usah pandang ringan kebolehan anak muda, mereka mampu mengeluarkan idea yang baik untuk negara; 2) waspada orang politik yang khuatir & tidak benarkan anak muda menyerlah. Bebenang ini untuk menyokong usaha @ParlimenDigital 6/6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s