Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Psywar dalam Sulalatus Salatin

Musim psywar ni, hangpa nak dengar cerita psywar daripada hikayat Melayu lama?

Ramai bercakap pasal psywar, ataupun taktik perang yg cuba mempengaruhi pemikiran penyokong ataupun pihak lawan. Ini cerita psywar dalam Sulalatus Salatin.

Ada juga permintaan untuk saya berkongsi pasal psywar sejarah Cina. Jadi saya gabungkan di bebenang ini.

1/11

Semalam, saya sebut pasal 2 keluarga berpengaruh yg bantu Sultan Muzaffar Syah naik takhta: Bendahara Seri Amar Diraja dan Seri Nara Diraja.

Apabila Bendahara mati, anaknya menggantinya sbg Bendahara Seri Wak Raja, tetapi kuasa sebenar berada pada Seri Nara Diraja.

2/11

Mungkin kerana politik istana, akhirnya, Bendahara Seri Wak Raja bunuh diri lalu Seri Nara DiRaja menjadi Bendahara. Antara anak Bendahara Seri Wak Raja, Tun Perak, tidak diberi jawatan istana Melaka, maka dia pergi ke Kelang & menjadikan Penghulu Kelang.

3/11

Kisah psywar bermula dengan Tun Perak.

Apabila Siam menyerang Melaka kerana Sultan enggan menunduk kpd Raja Siam, Rakyat segala jajahan Melaka, termasuk Kelang dikerah untuk mempertahankan Melaka.

4/11

Daerah lain datang lelaki sahaja utk menyertai tentera Melaka, Tun Perak arahkan lelaki Kelang bawa sekali orang perempuan.

“Jika dia perang dgn musuh pun bersungguh2 hati; kurang2 ia melawankan (untuk) Duli Yg DiPertuan, lebih2 ia melawankan (untuk) anak perempuannya.”

5/11

Taktik “all-out” ini mendorong tentera berlawan mati-matian sebab tiada pilihan lain. Sejarah Cina, Xiang Yu (232–202 SM) dlm Perang Julu guna taktik all-out 破釜沉舟(pòfǔchénzhōu), “pecahkan periuk,tenggelamkan perahu” agar tenteranya berlawan bersungguh-sungguh.

6/11

Selepas Perang Melaka-Siam 1 itu, Sultan Muzaffar Syah menyuruh Tun Perak pulang ke Melaka menjadi bentara (pengawal Raja/istana) dan akhirnya, Menteri bergelar Paduka Raja.

Maka kembalilah pengaruh keluarga bekas Bendahara Seri Amar Diraja.

7/11

Kemudian Siam menyerang lagi, dari laut. Kali ini, Tun Perak (yg sudah jadi Bendahara – cerita lain hari) terdahulu menyuruh seorang pahlawan yang agak gila, Tun Omar, untuk pergi lawan perahu Siam. Seorang Tun Omar sahaja berjaya mengalahkan 5-6 buah perahu Siam.

8/11

Pada malam, Tun Perak arah pokok2 bakau, nyireh, tumu & api2 dinyala api. Dari jauh, tentera Siam nampak seakan tentera Melaka ramai pegang obor.

“Terlalu amat banyak Melayu itu…Jika ia datang apa jadinya kita? Sedangkan sebuah perahu tadi lagi, tiada terlawan.”

9/11

Taktik “deception” ini menipu musuh tentang keupayaan sebenar diri. Dlm San Guo, Perang Jambatan Chang Ban, Zhang Fei & 20 pengawal berjaya halang Cao Cao & 5 ribu tentera.Zhang arah orangnya bergerak-geri di belukar seakan2 ada ramai tentera kuda menanti untuk serang.

10/11

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat. Share untuk promosi banaan hikayat lama.

Kongsikan kalau ada cerita psywar lain dalam hikayat lama masyarakat kita.

11/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s