Ini cerita plot rampasan kuasa zaman Kesultanan Melayu Melaka oleh Raja Rekan dan bagaimana putera Sultan Melaka merampas kembali kuasa daripadanya.
Cerita ini menyaksikan mulanya hubungan dua keluarga berpengaruh, iaitu Seri Nara DiRaja dan Bendahara.
1/9
Dalam Sulalatus Salatin, Sultan Melaka yang ke3, Muhammad Syah mempunyai 2 orang anak, iaitu Raja Kassim melalui anak perempuan Mani Purindam (bangsawan India Muslim) dan Raja Ibrahim melalui anak perempuan Raja Rekan.
2/9
Walaupun Sultan Muhammad Syah lebih menyayangi Raja Kassim dan beliau lebih disayangi rakyat, namun disebabkan komplot politik puteri Raja Rekan, Raja Ibrahim menjadi sultan setelah Sultan Muhammad Syah mangkat.
3/9
Oleh sebab Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid) masih kecil, Melaka dikuasai Raja Rekan. Raja Kassim dibuang & menjadi nelayan.
“Adapun Raja Rekan seolah-olah ialah kerajaan dlm negeri Melaka, kerana bonda Sultan Abu Syahid itu sepupunya, menjadi kuatlah ia.”
4/9
Melalui nasihat seorang ulama Arab, Maulana Jalaluddin, Raja Kassim mendapatkan bantuan bapa saudaranya Tun Ali yg bergelar Seri Nara Diraja untuk mengambil balik kuasa kerajaan Melaka dari Raja Rekan.
5/9
Namun hanya kekuatan Seri Nara Diraja saja tidak memadai, mereka perlu bergabung dngn Bendahara Seri Amar Diraja.
Dlm mesyuarat pertama, Bendahara asalnya tak mahu lawan walaupun diseru pembesar lain.
6/9
Namun akhirnya, apabila melihat Seri Nara Diraja dan Raja Kassim sudahpun bersiap siaga untuk menyerang dengan pengikut mereka termasuk tentera Arab Maulana Jalaluddin, Bendahara pun bersetuju menyertai mereka.
7/9
Raja Rekan dikalahkan, tapi malangnya Sultan Abu Syahid dibunuh Raja Rekan. Raja Kassim menaiki takhta sebagai Sultan Melaka ke-5, Sultan Muzaffar Syah.
“… terlalu baik budi pekerti baginda dgn adilnya & murah serta ampun periksa dgn saksama pada mengasihani rakyat…”
8/9
Raja Kassim ini seorang tactician yang baik, beliau menyedari pentingnya gabungan Seri Nara Diraja dan Bendahara untuk merampas balik kuasa daripada pengkhianat.
Nanti saya cerita permusuhan generasi ke2 keluarga2 berpengaruh ini & Sultan Muzaffar Syah sbg pengaman.
9/9