Bahasa Malaysia, Tweet

Bendahara paling hebat dalam sejarah Melaka

Seperti yg dijanjikan ini cerita pergolakan kuasa di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan munculnya Bendahara paling hebat dalam sejarah Melaka.

Semoga beroleh manfaat mendengar cerita nenek moyang.

1/10

Zaman Sultan Muzaffar Syah, ada 2 keluarga berpengaruh: Bendahara Seri Amar Diraja & Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari).

Kedua2nya ada hubungan keluarga dgn Sultan Muzaffar Syah: Isteri Sultan ialah anak Bendahara, manakala Seri Nara Diraja ialah bapa saudara Sultan.

2/10

Bendahara meninggal diganti anaknya bergelar Bendahara Seri Wak Raja. Mengikut Sulalatus Salatin, dia “jadi Bendahara sekadar nama sahaja, yg orang besarnya Seri Nara Diraja juga; barang suatu katanya tiada dilalui raja.”

3/10

Bendahara Seri Wak Raja mati dgn tragis: dia bunuh diri, mungkin akibat komplot politik. Seri Nara Diraja dilantik jadi Bendahara. Anak Bendahara Seri Wak Raja, yg sulung Tun Kudu kahwin dgn Sultan, yg ke2, Tun Perak dihantar ke Kelang, jauh dari kekuasaan politik istana.

4/10

Setelah berjaya dalam Perang Melaka-Siam 1 yg saya cerita semalam, Sultan memanggil semula Tun Perak ke Melaka dan diberi jawatan istana sehingga menjadi Menteri bergelar Paduka Raja.

Pergolakan kuasa dua keluarga bangsawan berpengaruh itu kembali sengit.

5/10

Pergaduhan 2 keluarga besar ini menyebabkan politik Melayu berpecah, ada yg mengikut Paduka Raja, ada yang mengikut Seri Nara Diraja.

Keadaan menjadi serius sehingga membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda pun merancang untuk menyatukan mereka.

6/10

Di sini, watak utama ialah Tun Kudu, isteri Sultan, yg merupakan anak Bendahara Seri Wak Raja dan kakak Paduka Raja, yakni Tun Perak.

Tun Kudu digambarkan sbg “terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit.”

Tun Kudu menggunakan pengaruhnya utk memulihkan keadaan.

7/10

Sultan tahu Seri Nara Diraja suka pada Tun Kudu, maka dicerainya baginda & dikahwinkan mereka berdua.

Tun Kudu pula jadi pengaman kedua2 Seri Nara Diraja (suaminya) dan Tun Perak (adiknya).

“maka fakatlah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, jadi berkasih-kasih spt saudara”

8/10

Malah Tun Kudu berjaya pujuk Seri Nara Diraja lepaskan jawatan bendahara kpd Tun Perak, lalu kembalikan jawatan ayahnya (Bendahara Seri Wak Raja) kpd adiknya itu.

Seri Nara Diraja dilantik menjadi Penghulu Bendahari menjaga kewangan negara, ini jawatan asal keluarganya.

9/10

Bendahara Paduka Raja Tun Perak ialah Bendahara yang paling hebat dlm sejarah kesultanan Melayu Melaka.

Malah, dikatakan di Nusantara ketika itu, ada tiga orang yg bijaksana: Patih Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Raja Kenayan di Pasai dan Tun Perak di Melaka.

10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s