Hari ini Hari Bapa. Selamat hari bapa kepada para bapa. Ini pesanan terakhir Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada anak2nya dicatat dalam Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang (keturunan gabungan 2 keluarga besar tempoh hari: Bendahara Seri Amar Raja & Seri Nara Diraja) 1/8
Ini wasiat Tun Perak: “Hai anak cucuku, jgn kamu tukarkan ugama dgn dunia…Tuluskan hatimu pd berbuat kebaktian kpd Allah SWT & Rasulnya, & jgn lupa pada berbuat kebaktian kpd raja kamu… raja yg adil itu dgn Nabi SAW umpama 2 buah permata pd sebentuk cincin…” 2/8
Kpd anak sulung, Tun Zainul Abidin, dia pesan: “Jika engkau tiada berpekerjaan raja, hendaklah engkau diam dihutan; kerana perut panjang sejengkal boleh kenyang oleh taruk kayu pun…” Berdikari, jgn peralat pangkat keluarga utk hidup mewah jika sendiri tiada berkhidmat. 3/8
Kepada sepupu mudanya Tun Mutahir: “engkau kelak jadi orang besar,lebih daripada aku kebesaranmu; tapi jgn pada bicaramu engkau bapa saudara raja…” Yakni, jgn cuba bermegah kerana hubungan kerabat. (Tun Mutahir orang yg cerdik tetapi agak “vain” suka bermegah) 4/8
Kepada abang Tun Mutahir, Tun Tahir: “Jgn turut turutan pd bicara si Mutahir. Jika engkau seperturutan dgn dia, engkau pun terbawa-bawa.” Amaran agar kedua2 adik-beradik ini jgn bermegah dan harus saling mengimbangi bukan ikut buta2 benda yg salah oleh satu sama lain. 5/8
Kepada cucunya, Tun Puah: “Jangan diam di negeri, diamlah di rantau..” Cicitnya, Tun Isap: “Jgn mencari pencarianmu di balairung raja.” Mungkin kerana nak elakkan permusuhan dinasti bangsawan seperti generasi lepas, anak cucu dinasihat tak perlu masuk politik. 6/8
Kpd Sultan Mahmud Syah: “Hendaklah Tuanku jgn dengar-dengaran akan sembah orang yg tiada sebenarnya..Adapun yg kehendak nafsu itu drpd syaitan…Banyak raja2 besar dibinasakan Allah kerajaannya sebab menurut hawa nafsu.” Baginda ialah raja semasa Portugis serang Melaka. 7/8
Bendahara Paduka Perak Tun Perak merupakan pentadbir & pemimpin yg hebat. Di zamannya, beliau dibandingkan dgn Perdana Menteri yg mengembangkan empayar Majapahit, Gajah Mada. Semoga pesanan Bapa kita, Tun Perak menjadi pedoman. 8/8