Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Persaingan 9 calon untuk jawatan Bendahara di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka

Ini kisah dalam Sulalatus Salatin tentang persaingan 9 calon untuk jawatan Bendahara di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka. Perisitiwa ini berlaku selepas kematian Bendahara Putih (adik Tun Perak). 1/10

Mereka ialah (ikut turutan):

Paduka Tuan(anak Bendahara Putih),

Tun Zainul Abidin(anak Tun Perak),

Tun Telenai(anak T.Perak),

Seri Nara DiRaja(anak T.Ali),

Seri Maharaja(anak T.Ali),

Seri Wak Raja,

Tun Abu Saiyid(anak Bendahara Putih),

Tun Abdul,

Tun Bijaya Maha Menteri. 2/10

Mereka mempunyai hubungan keluarga dngn Sultan Mahmud Syah & mereka juga ialah waris dua keluarga berpengaruh Melaka.

Sultan Mahmud sendiri merupakan cucu saudara kepada Bendahara Putih sebelah ibunya dan juga cicit saudara sebelah bapanya. (it’s complicated!) 3/10

Ibu Sultan Mahmud, Tun Senaja, merupakan adik kepada Seri Nara Diraja dan dan kakak Seri Maharaja.

Oleh sebab Tun Senaja amat karib dengan adiknya Tun Mutahir yang bergelar Seri Maharaja, maka dia mempengaruhi Sultan Mahmud untuk melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara. 4/10

Yang menariknya, dua generasi sebelum itu, nenek Sultan Mahmud, Tun Kudu, juga berjaya mempengaruhi Sultan Muzaffar Syah, untuk melantik adiknya sendiri, iaitu Tun Perak, sebagai Bendahara.

(Cerita Tun Kudu-Tun Perak di sini: https://twitter.com/scheekeong/status/1271101714662191104…) 5/10

Sebelum ini, semasa Tun Mutahir masih kecil, Bendahara Tun Perak (Bendahara Melaka sebelum Bendahara Putih) telah meramal bahawa Tun Mutahir akan menjadi orang yang hebat. 6/10

Tun Mutahir merupakan seorang pemuda berbakat dalam pengurusan perniagaan dan kewangan. Bapanya Tun Ali merupakan Penghulu Bendahari (Menteri Kewangan) Melaka. Selepas menjadi Bendahara, beliau terkenal dengan kebolehan menguruskan hal ehwal perdagangan Melaka. 7/10

Tun Mutahir juga amat suka berhias – “sehari enam kali bersalin pakaian, bajunya seribu banyaknya…destar dua tiga puluh; Cermin besar setinggi berdiri sedia.”

Dia dikatakan amat pemurah dengan hartanya, tetapi juga suka menunjuk-nunjuk dan senang discgok. 8/10

Namun, Tun Mutahir ialah Bendahara yang cekap. Pihak Portugis berpendapat selagi Tun Mutahir menjadi Bendahara, “berapa pun besar angkatan menyerang Melaka, tiada akan kalah.’

Malangnya, Tun Mutahir dihukum bunuh kerana fitnah Raja Mendeliar. 9/10

Cerita panjang dipendekkan, Tun Mutahir ambil rasuah Nina Sura Dewana dalam kes dakwaan Nina Sura Dewana terhadap Raja Mendeliar. Raja Mendeliar marah dan merasuah Laksamana Khoja Hassan utk memfitnah Bendahara depan raja.

Semoga cerita nenek moyang jadi pedoman. 10/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s