Bahasa Malaysia, Politics

Kerajaan Pakatan Nasional (PN) perlu selesaikan lima (5) perkara sebelum tamat sidang Parlimen pada 27 Ogos 2020 bagi menebus kegagalan pentadbiran mereka dalam tempoh lima bulan ini

Kenyataan akhbar Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

26 OGOS 2020 | KUALA LUMPUR

Kerajaan Pakatan Nasional (PN) perlu selesaikan lima (5) perkara sebelum tamat sidang Parlimen pada 27 Ogos 2020 bagi menebus kegagalan pentadbiran mereka dalam tempoh lima bulan ini.

Sidang Parlimen kali ini adalah sidang parlimen penuh pertama yang dilakukan sejak krisis wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Semasa Parlimen bersidang selama hampir sebulan ini, selain usul-usul yang melibatkan Covid-19, banyak isu yang berlaku dan timbul terutamanya yang melibatkan pentadbiran Kerajaan PN.

Dalam tempoh lima (5) bulan pentadbiran, kerajaan PN telah gagal menangani krisis ekonomi Covid-19, gagal menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia, gagal memartabatkan undang-undang negara apabila seorang Menteri Kabinet terang terang melanggar undang-undang Covid-19 dan dihukum dengan amat ringan berbanding rakyat biasa, dan gagal mengembalikan kestabilan politik negara kita.

Bagi menebus kegagalan kerajaan dalam lima (5) bulan ini, PN perlu menyelesaikan lima (5) perkara berikut sebelum sidang Parlimen berakhir minggu ini pada 27 Ogos 2020:

  1. Menambah Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 kepada RM90 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan rakyat dan ekonomi Malaysia serta melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman bank untuk enam (6) bulan lagi.
  2. Mengenakan hukuman ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sepertimana hukuman dikenakan ke atas rakyat biasa, contohnya denda RM8,000 sehingga RM12,000 dan hukuman penjara terhadap mak cik warga emas berumur 72 tahun dan pemilik restoran nasi kandar yang mengingkari perintah kuarantin..
  3. Menyiasat salahguna kuasa Timbalan Menteri Pertahanan yang mengeluarkan surat sokongan untuk melantik anak sendiri menjadi ahli lembaga pengarah Pharmaniaga dan Menteri Kanan Pertahanan yang memberikan nota sokongan ke atas surat tersebut.
  4. Mendedahkan senarai penuh kontrak yang dianugerahkan melalui rundingan terus zaman BN, PH dan PN dan menamatkan permainan politik terhadap prosedur kerajaan.
  5. Membenarkan usul undi tidak percaya bagi membuktikan Perdana Menteri dan kerajaan mempunyai keyakinan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dengan menyelesaikan lima (5) perkara ini, barulah PN dapat memberi keyakinan bahawa fokus kerajaan adalah menerajui negara mengharungi krisis ekonomi Covid-19 dan bukannya menjaga kepentingan sendiri.

Ini juga dapat membantu mengurangkan kerisauan rakyat serta pelabur tentang ekonomi, kestabilan politik dan masa depan Malaysia.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s