Bahasa Malaysia, KBS, Sports, youth

10 cadangan Belanjawan 2021 kepada KBS

Kenyataan media Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

03 NOVEMBER 2020 | KUALA LUMPUR

10 cadangan Belanjawan 2021 kepada KBS

Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan pada 6 November 2020 ini, saya ingin mengemukakan 10 cadangan khususnya untuk Kementerian Belia & Sukan (KBS), mengambilkira keperluan golongan belia dan sektor sukan negara berdepan cabaran wabak Covid-19.

10 cadangan ini ialah tambahan kepada Belanjawan Perpaduan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan dan DAP. Walaupun bukan semuanya di bawah bidang kuasa KBS, perkara-perkara yang dicadangkan ini memberikan kesan secara langsung kepada sektor belia dan sukan. Justeru saya berharap KBS sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas sektor ini akan memperjuangkan 10 cadangan ini bersama kementerian lain yang berkaitan.

Bagi membiayai 10 cadangan ini, belanjawan sedia ada KBS boleh diperuntukkan semula disebabkan program-program besar yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan, contohnya MFLS (RM100 juta), dan melalui peruntukan-peruntukan khas daripada “sugar tax” (RM30 juta), “gaming tax” (RM40 juta) dan sebagainya.

Namun, jika belanjawan KBS sedia ada tidak mencukupi, saya akan menyokong YB Dato’ Seri Reezal Merican untuk mendapatkan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan 10 cadangan berikut:

1) Melanjutkan tempoh moratorium pembayaran balik PTPTN selama enam bulan lagi selepas Disember 2020 dan menyelaraskan semula had gaji minimum kepada RM4000 sebelum pembayaran balik dimula kan.

2) Pelepasan cukai pendapatan bagi pembelian komputer dan alat bantuan pembelajaran atas talian sehingga dua orang anak setiap isi rumah.

3) Menerus dan mengembangkan dasar MalaysiaKerja untuk memberi insentif pengambilan pekerja kepada majikan dan pekerja untuk mengurangkan pengangguran belia.

4) Membina rumah mampu milik untuk golongan belia melalui pembangunan semula tanah-tanah terbiar kerajaan terutamanya yang melibatkan kemudahan belia dan sukan yang terbengkalai. Projek pembangunan ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta melalui kaedah tender terbuka.

5) Insentif peningkatan kemahiran kendiri sehingga RM500 sebulan kepada belia yang mengikuti sebarang program, kursus dan latihan berasaskan peningkatan kemahiran kendiri untuk tujuan pekerjaan dan perniagaan.

6) Memperluas Geran Khas Prihatin RM3,000 one-off untuk merangkumi golongan belia yang berminat dan serius untuk memulakan perniagaan kecil.

7) Geran Khas One-Off sehingga RM100,000 untuk Persatuan-Persatuan Belia Kebangsaan di bawah MBM bagi aktiviti belia berkaitan pengurusan Covid-19, serta meningkatkan geran aktiviti untuk persatuan-persatuan belia di semua peringkat.

8) Dana Kelangsungan Perniagaan Industri Sukan untuk perniagaan berkait dengan industri sukan dan rekreasi seperti pengusaha gym, gelanggang futsal, terapi sukan, kejurulatihan, peralatan sukan dan sebagainya yang terjejas disebabkan krisis COVID-19.

9) Geran Khas One-Off sehingga RM100,000 untuk Persatuan Sukan Kebangsaan dan geran aktiviti untuk persatuan-persatuan sukan lain di semua peringkat bagi memastikan kesinambungan pembangunan sukan. Peruntukan RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi memperluas jaringan keselamatan dan kebajikan bekas atlet negara.

10) Pelepasan cukai kepada syarikat yang memberikan keahlian gym ataupun kelab sukan yang lain kepada pekerja mereka, menganjurkan program sukan dan menaja sukan, untuk menggalakkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.

Steven Sim Chee Keong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s