Bahasa Malaysia, Politics

Syarat Puteri Gunung Ledang

Kenyataan media Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

12 NOVEMBER 2020 | KUALA LUMPUR

Kerajaan harus setuju waima “syarat Puteri Gunung Ledang” sekalipun sekiranya ikhlas untuk meluluskan Belanjawan Perpaduan, kecuali-lah jika kerajaan tak sampai hati bank “berkorban” semangkuk darah demi melanjutkan moratorium membantu rakyat dan perniagaan Malaysia. 

Semalam di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas berkata bahawa syarat yang dikenakan kepada kerajaan, termasuk lanjutan moratorium secara automatik, untuk meluluskan Belanjawan 2021 bagaikan “syarat Puteri Gunung Ledang”, yakni “diminta dibuat jambatan daripada istana ke Gunung Ledang, tujuh mangkuk darah nyamuk, sekian, sekian tetapi syarat itu bukan dengan tujuan untuk pinangan itu diterima tetapi signal bahawa pinangan itu ditolak.”

Antaranya, beliau berpendapat bahawa bank akan menanggung beban kerugian kalau dibuat moratorium secara automatik.

Saya tidak setuju. 

Malah saya bangkit ketika ucapan beliau untuk memberikan fakta berikut: bank-bank di Malaysia telah merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019, manakala moratorium 6 bulan sejak April 2020 hanya memakan kos RM6.4 bilion. 

Justeru, saya berpendapat tiada masalah untuk bank-bank “berkorban” sedikit demi rakyat dan perniagaan Malaysia yang sedang menghadapi kesusahan yang amat sangat akibat krisis ekonomi pasca-Covid-19. 

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat-syarat berikut untuk pinangan Sultan Mahmud Syah: jambatan emas dan jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata satu tempayan, air pinang muda satu tempayan, darah anak Sultan satu mangkuk. 

Sebenarnya Sultan Mahmud berkata: “Semua kehendaknya itu dapat kita adakan…”, kecuali anak darah raja semangkuk itu, tiada sampai hatinya. 

Saya tidak rasa syarat yang pembangkang kemukakan, termasuk lanjutan moratorium, peningkatan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebulan, pemansuhan JASA, dan sebagainya ialah “syarat Puteri Gunung Ledang”. Namun, hakikatnya dalam keadaan luar biasa ini, kerajaan harus bersetuju dengan “syarat Puteri Gunung Ledang” sekalipun sekiranya betul-betul ikhlas hendak luluskan Belanjawan Perpaduan demi kebajikan rakyat. 

Kecualilah kalau kerajaan tak sampai hati melihat bank “berkorban” RM6.4 billion selepas untung berpuluh-puluh bilion, tak sampai hati darah anak raja semangkuk.

Steven Sim

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s