[Opinion] Bajet renovation – unlimited

Satu cerita yang saya jarang bagitau. Pada hari pertama saya masuk ofis Timbalan Menteri KBS di Tingkat 16 Wisma KBS, saya komen bahawa saya tak begitu berkenan dengan warna ofis saya.

Pegawai kementerian yang menemani saya mungkin telah catat nota komen itu lalu petang itu juga, dua orang pegawai khidmat pengurusan berjumpa saya bertanya sama ada saya hendak renovate ofis saya.

Saya terkejut dengan pertanyaan itu, sebab tak terlintas saya nak buat apa-apa pun. Tapi sebab rasa ingin tahu, maka saya tanya, “berapa bajet saya kalau nak buat renovation?”

Jawapan pegawai memeranjatkan saya, mereka kata, “unlimited”. Sudah tentu bukannya tak ada had perbelanjaan, tapi maksud mereka, saya sebagai Timbalan Menteri boleh sahaja buat keputusan nak belanja berapa untuk renovate ofis.

Sepanjang 2 tahun saya di KBS, saya tidak pernah renovate ofis dan tiada niat untuk berbuat demikian. Malah saya cadangkan kalau ada bajet, kita perjuangkan supaya pegawai belia sukan daerah dinaikkan gred mereka serta pemberian faedah kerja lain kepada staff KBS.

Saya berharap kerajaan PN jangan pula belanja hampir RM24 juta untuk renovate pejabat Menteri dalam kala ekonomi rakyat tengah susah. Fokus kpd rakyat & bisnes Malaysia bukan kpd kereta, gaji, pejabat Menteri.