Mengikut Sejarah Melayu, apabila Bendahara Seri Wak Raja ingin menghadap Sultan Muzaffar Syah, baginda beredar kerana sudah lama duduk, dan tak tahu ketibaan Bendahara. Bendahara sangka Sultan murka padanya dan berasa malu lalu minum racun bunuh diri.
Apabila Seri Bija Diraja lambat menghadap Sultan Mahmud Syah kerana dari mula enggan mengaku wasiat Sultan Alauddin Syah menabal Sultan Mahmud Syah, Seri Bija Diraja dihukum bunuh.
Jika tidak dapat menghadap kerana Raja sendiri telah beredar dan jika lambat menghadap Raja dikira sebagai derhaka, bagaimana pula mereka yang dititah menghadap tetapi enggan menghadap?