Bahasa Malaysia, Penang, Politics

Kapal asing dengan krew yang sakit memasuki perairan Malaysia dan Pulau Pinang secara haram

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

19 DISEMBER 2020 | BUKIT MERTAJAM

Kerajaan persekutuan sibuk berpolitik sehingga gagal dalam urus tadbir menyebabkan kapal asing dengan krew yang sakit memasuki perairan Malaysia dan Pulau Pinang secara haram

Saya merujuk kepada laporan media tentang sebuah kapal Iran dengan krew yang sakit memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran dan melabuh tanpa dikesan di Butterworth. (Sumber: https://www.thevibes.com/articles/news/10509/iranian-boat-illegally-enters-malaysia-berths-in-butterworth-sparking-security-scare)

Ini merupakan perkara serius berkaitan keselamatan negara.

Bagaimana sebuah kapal asing dengan krew yang sakit boleh memasuki perairan negara kita dan seterusnya berlabuh tanpa dikesan oleh pihak berkuasa?

Mengapa pihak berkuasa keselamatan gagal mengesan dan mengambil tindakan terhadap kapal asing tersebut?

Mengapa pihak berkuasa pelabuhan tidak menyedari kapal asing telah melabuh di pelabuhan tanpa kebenaran?

Kerajaan persekutuan jelas sibuk bermain politik sehingga mengabaikan soal urus tadbir negara. Keadaan ini membawa mudarat besar kepada rakyat Malaysia. Bayangkan apa akan terjadi jika kapal asing tersebut membawa pengganas? Atau jika krew yang sakit itu positif Covid-19 ataupun membawa penyakit berjangkit yang lain? Dan kini, kita bimbang tentang berapa banyak lagi kapal asing yang memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran?

Perkara ini harus disiasat dengan segera dan para Menteri berkaitan perlu menjawab dengan telus. Mereka yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan tegas.

Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) jelas lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kepentingan pelabuhan dan rakyat Pulau Pinang. Sebelum ini, mereka ingin menamatkan perkhidmatan feri bersejarah tetapi keputusan tersebut telah dibatalkan oleh Menteri Kewangan yang berpegang kepada komitmen kerajaan PH terdahulu untuk mengekalkan perkhidmatan feri. Kini, pihak berkuasa pelabuhan tersebut lalai dalam tanggungjawab menguruskan operasi pelabuhan sehingga menyebabkan sebuah kapal asing dengan krew yang sakit dapat berlabuh tanpa dikesan. Pengerusi SPPP patut meletak jawatan atas kegagalan berulangkali SPPP.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s