Bahasa Malaysia

Isu kartel daging ialah masalah serius melibatkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

28 DISEMBER 2020 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Isu kartel daging ialah masalah serius melibatkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Isu kartel daging yang dibongkarkan oleh media baru-baru ini ialah masalah serius yang melibatkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Oleh itu, perkara ini memerlukan perhatian di peringkat paling tinggi dengan kadar paling segera. 

Akibat rasuah dan salahguna kuasa yang berleluasa di beberapa agensi kerajaan, kartel daging telah mengimport daging-daging dari sumber yang diragui dan tidak mengikut piawaian halal Malaysia. Malah laporan media turut mendedahkan produk daging yang menggunakan logo halal palsu untuk dijual di pasaran Malaysia. Kartel daging tersebut didakwa sudah beroperasi lebih 40 tahun. 

Isu kartel daging ini melibatkan soal amalan agama Islam yang tidak boleh dikompromi. Namun, masalah ini tidak terhad kepada umat Islam semata-mata. Ia sebenarnya melibatkan isu kualiti dan khasiat makanan import secara amnya. Jika daging tidak halal boleh dijual sebagai halal akibat kegiatan rasuah, maka tidak hairan jika daging berpenyakit dan bermasalah mungkin terlepas daripada sekatan untuk dijual kepada pengguna. Ini sudah tentu akan mendatangkan mudarat besar kepada kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Jika isu ini tidak ditangani dengan kadar paling segera, ia akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem kawal selia kerajaan. Perkara ini juga akan memberi kesan buruk kepada perniagaan-perniagaan yang mematuhi undang-undang kerana kehilangan keyakinan pengguna terhadap sistem kawal selia tersebut. 

Justeru, saya ingin menyeru kepada kerajaan persekutuan untuk segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat perkara ini secara berani dan telus, serta mencadangkan penambahbaikan demi untuk mengembalikan keyakinan pengguna terutamanya rakyat Malaysia terhadap sistem kawal selia halal dan kualiti makanan import secara amnya. 

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s