General

Kerajaan tidak boleh terus berpeluk tubuh menghitung hari demi hari berlalu di kala anak-anak kita tidak dapat meneruskan pendidikan secara normal

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

08 FEBRUARI 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Saya merujuk kepada laporan media bahawa harga peranti seperti komputer riba telah naik sehingga 70%. (Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/122858)

Berita ini tidak mengejutkan kerana sejak hujung tahun lepas, media telahpun melaporkan ketiadaan stok komputer riba yang berharga sederhana dan pengguna terpaksa membeli komputer riba yang lebih mahal. (Rujukan: https://malaysiagazette.com/2020/11/25/komputer-riba-harga-sederhana-tiada-stok/?amp)

Saya sendiri juga mempunyai pengalaman yang sama dalam menjalankan kempen “Asal Cek Mau Pi Sekolah”, di mana salah satu komponennya ialah memberikan peranti percuma, sama ada komputer riba ataupun tablet, kepada para pelajar dari keluarga miskin. 

Malah saya menerima pelbagai aduan tentang perkara ini daripada orang awam yang terpaksa membeli peranti untuk anak-anak mereka.

Tiga langkah kecemasan untuk berdepan masalah ketiadaan peranti dalam krisis pendidikan Covid-19

Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menguruskan pandemik Covid-19 telah menyebabkan rakyat dan negara Malaysia menghadapi krisis lima berganda, yakni krisis kesihatan, krisis ekonomi, krisis politik, krisis keyakinan dan krisis pendidikan. 

Laporan Kementerian Pelajaran sendiri pada April 2020 menunjukkan bahawa hampir 40% pelajar di Malaysia tiada sebarang peranti untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Hanya 5.7% yang mempunyai komputer atau tablet manakala sebahagian besar iaitu 46% mempunyai telefon pintar. 

Penggunaan telefon pintar yang berskrin kecil sudah tentu mendatangkan pelbagai cabaran dan kesusahan dalam PdPR. 

Oleh itu, saya menggesa agar kerajaan mengambil tiga langkah kecemasan berikut dengan serta merta:.

  1. Menunaikan janji Belanjawan 2021 untuk memberikan 150,000 komputer riba kepada para pelajar dari keluarga miskin. 
  1. Memberikan pelepasan cukai pendapatan bagi pembelian komputer dan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran atas talian sehingga DUA orang anak setiap isi rumah. Saya telah mengemukakan cadangan ini dalam perbahasan Belanjawan 2021 pada tahun lalu.
  1. Menjamin bekalan peranti seperti komputer peribadi (PC), komputer riba, tablet dan sebagainya dijual dengan harga mampu milik dan mempunyai kualiti yang baik. 

Krisis pendidikan ini akan memberikan kesan parut (scarring) bukan sahaja kepada anak-anak kita malah kepada masyarakat secara amnya di masa hadapan. Kerajaan tidak boleh terus berpeluk tubuh menghitung hari demi hari berlalu di kala anak-anak kita tidak dapat meneruskan pendidikan secara normal. 

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s