Bahasa Malaysia, Bukit Mertajam, Community, Economy, employment

Kempen “Asal Cek Mau Kerja”

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

09 MAC 2021 | BUKIT MERTAJAM

Kempen “Asal Cek Mau Kerja”

Pada 24 Januari 2021, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah melancarkan kempen “Asal Cek Mau Pi Sekolah” yang bertujuan menangani krisis pendidikan yang dihadapi oleh para pelajar berikutan kegagalan kerajaan persekutuan menguruskan impak wabak Covid-19 ke atas sektor pendidikan dengan baik. 

Namun, malangnya, sektor pendidikan bukan sahaja satu-satunya sektor yang mengalami krisis di bawah pentadbiran kerajaan PN. Sektor ekonomi turut dilandai krisis pertumbuhan dan keyakinan. Pengangguran telah meningkat dengan mendadak dengan hampir 800,000 orang telah menganggur pada tahun 2020. 

Belia berumur 18-30 tahun merupakan antara yang terkesan paling teruk. Kadar pengangguran belia berumur 15-24 tahun meningkat ke tahap yang tinggi pada 13.9% pada Julai 2020 bersamaan dengan jumlah lebih 300,000 orang belia. 

Justeru, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam kini melancarkan kempen “Asal Cek” siri ke-2 bertujuan untuk membantu para belia dalam sektor pekerjaan dengan nama “Asal Cek Mau Kerja”. 

Beberapa inisiatif sedang dirancang untuk kempen “Asal Cek Mau Kerja”. Inisiastif pertama yang akan dilaksanakan bulan Mac 2021 ini juga ialah kursus pensijilan  kemahiran industri untuk anak muda berumur 18-30 tahun. Kursus-kursus ini ditawarkan oleh institusi latihan serta guru-guru yang mempunyai pengalaman industri dalam bidang masing-masing. 

Melalui kursus pensijilan kemahiran industri ini, kami berharap akan dapat membantu para belia dalam mendapatkan pekerjaan dengan gaji munasabah, dan bagi mereka yang sudahpun bekerja, dapat membantu mempertingkatkan kerjaya mereka. 

Semua kursus akan dijalankan secara atas-talian (online learning). Semua kursus di bawah 

Sebagai permulaannya, kempen “Asal Cek Mau Kerja” akan menawarkan kursus pensijilan kemahiran industri seperti berikut: 

  1. E-Learning Logistics Programme

Modul kemahiran asas industri logistik. Semua peserta perlu menamatkan ketiga-tiga kursus 1a, 1b, dan 1c di bawah. Kursus akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

1a) Fundamentals of warehouse 

Tarikh: 13 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

1b) Fundamentals of freight and forwarding

Tarikh: 20 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

1c) Fundamentals of safety and security

        Tarikh: 27 Mac 2021

Masa: 10am – 12.30pm

  1. Digital Skill-up

Modul kemahiran digital penghasilan aplikasi telefon pintar, laman web dan pemasaran digital. Peserta boleh mengambil kursus-kursus di bawah secara berasingan. Kursus akan dijalankan dalam bahasa inggeris

  1. Build mobile app without code

Tarikh: 6, 13, 20, 27 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

  1. Build website without code

Tarikh: 7, 14, 21, 28 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

  1. Fundamentals of digital marketing 

            Tarikh: 8, 15, 22, 29 April 2021

Masa: 7pm – 9.30pm

(Kursus 4 minggu)

Setiap kursus di atas bernilai RM 350 – RM850 namun, melalui Asal Cek Mau Kerja, penyertaan adalah PERCUMA.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Peninsula Skills dan Forward School yang telah sudi menaja kursus-kursus tersebut bagi membantu para belia dalam mengharungi cabaran sektor pekerjaan pasca-pandemik.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.stevensim.com/asalcekmaukerja atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Tel: (6)04-5381226 atau Encik Ang 6012-4113539

**Semua anak muda berumur 18-30 tahun dialu-alukan untuk mendaftar, namun, keutamaan penyertaan akan diberikan kepada penduduk/pengundi Bukit Mertajam dan juga mereka yang menganggur. 

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s