Bahasa Malaysia, Politics, youth

Dewan Rakyat perlu menegur Dr Rais Yatim dan menggesa kerajaan melaksanakan Undi18 mengikut kehendak Parlimen

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

11 MAC 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Dewan Rakyat perlu menegur Dr Rais Yatim dan menggesa kerajaan melaksanakan Undi18 mengikut kehendak Parlimen

Kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Dr. Rais Yatim, seperti yang dilaporkan oleh media, bahawa “undi 18 tahun ini tidak praktikal untuk diadakan pada musim ini” adalah tidak bertanggungjawab, tidak rasional, menghina anak muda, malah bersifat menghina Parlimen. (Rujukan: https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/pengundi-18-tahun-tidak-jadi-rais/

Ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan sebegini. Pada 8 Februari 2021, Dr. Rais Yatim telah dilaporkan berkata bahawa keputusan untuk melaksanakan Undi18 adalah tergesa-gesa dan anak muda “belum bersedia di sisi tuntutan demokrasi”. (Rujukan: https://www.utusan.com.my/nasional/2021/02/jadi-atau-tidak/)

Pemikiran kolot bahawa anak muda belum bersedia menunjukkan bahawa Dr. Rais Yatim jelas tidak memahami sentimen majoriti rakyat Malaysia dan tidak cakna tentang anak muda. Ini amat sedih bagi seorang pemimpin politik veteran yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Negara. 

Hakikatnya, kedua-dua Dewan Parlimen secara sebulat suara telah meluluskan pindaan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, iaitu, Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Walaupun ketika itu Dr. Rais Yatim belum dilantik sebagai ahli mana-mana Dewan, kerana beliau hanya dilantik sebagai senator pada 16 Jun 2020, iaitu selepas pengkhianatan Langkah Sheraton,  Dr. Rais Yatim perlu menghormati kehendak Parlimen (the will of Parliament) dan bukan mengeluarkan kenyataan dengan sewenang-wenangnya yang boleh ditafsir sebagai menghina Parlimen. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun, yang merupakan antara penggerak Undi18 semasa beliau menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menegur rakan sejawatan beliau di Dewan Negara dan mewakili Dewan Rakyat menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan kehendak Parlimen tanpa berlengah lagi. Sudah tiba masanya untuk Parlimen menjalankan pengawasan pasca-legislatif (post-legislative scrutiny) terhadap pindaan yang begitu penting ini untuk mengelakkan kerajaan yang memerintah berdolak dalik dalam pelaksanaannya. 

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s