Bahasa Malaysia, COVID19, Govt

Mansuhkan kompaun RM10,000 yang zalim

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

16 MAC 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Rakyat Malaysia berasa kecewa dengan kenyataan Menteri Undang-undang bahawa kerajaan akan memperincikan tentang kompaun RM10,000 pelanggaran SOP Covid-19 selepas mendapat kecaman orang awam (Rujukan: https://m.malaysiakini.com/news/566698). Bagaimana boleh terjadi keadaan di mana kompaun RM10,000 sudahpun dikenakan ke atas rakyat minggu lepas, minggu ini baru kerajaan nak buat perincian. Begitu juga dengan kenyataan Menteri bahawa kompaun boleh dirayu di pejabat kesihatan daerah (PKD) tetapi pihak PKD menyatakan bahawa masih tiada garis panduan rayuan. Bagaimana kerajaan persekutuan boleh membuat satu undang-undang yang begitu berat tanpa sebarang perancangan sama sekali?

Ketua Polis Negara sendiri melaporkan bahawa 330 orang telah dikenakan kompaun RM10,000 pada hari pertama minggu lalu, dan dalam masa singkat 4 hari sahaja, hampir 1,100 orang telahpun dikenakan kompaun RM10,000.

Dengan SOP yang tidak jelas dan berubah-ubah, serta penguatkuasaan yang tidak adil di mana wujud unsur amalan membezakan darjat, kompaun RM10,000 jelas tindakan yang zalim terhadap rakyat.

Perkara ini terbukti apabila parti-parti kerajaan sendiri, seperti UMNO dan MCA telah mengikut jejak DAP, PKR dan Amanah untuk menyediakan bantuan guaman kepada mereka yang telah dikenakan kompaun zalim tersebut.

Saya menggesa kerajaan persekutuan untuk menghentikan dasar zalim ini dengan serta merta dan melaksanakan langkah-langkah berikut:

1) Memansuhkan semua kompaun RM10,000 yang telah dikeluarkan.

2) Penguatkuasaan undang-undang Covid-19 harus lebih bersifat mendidik daripada menghukum. Justeru, kerajaan patut menurunkan semula kadar denda kepada RM1,000, memperkenalkan denda secara berperingkat (tiering), di mana pesalah kali pertama diberikan amaran keras, denda RM500 untuk kali ke-2 dan denda RM1,000 untuk kali ke-3.

3) Penyenaraian kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan denda dengan jelas agar tidak timbul kekeliruan di kalangan pegawai penguatkuasa dan orang awam secara amnya.

4) Penguatkuasaan undang-undang dengan tegas tanpa membeza-bezakan darjat di mana Menteri dan VIP perlu dikenakan hukuman yang sama dengan rakyat biasa jika melakukan kesalahan yang sama.

5) Jentera kerajaan harus dikerah untuk memperkasakan 3T (testing, tracing, treatment) sebagai strategi utama melawan Covid-19, bukan mencari kesalahan rakyat dan menghukum dengan berat. Ini termasuk merancakkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang masih berada pada tahap yang perlahan.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s