Bahasa Malaysia, Govt, Politics

Tidak ada siapa yang selamat ketika Malaysia kini dikawal oleh tiga kumpulan kartel jenayah

Kenyataan akhbar Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

23 MAC 2021 | BUKIT MERTAJAM, PENANG

Sangat menakutkan apabila membaca sumber pihak berkuasa yang boleh dipercayai mengenai kewujudan tiga kumpulan kartel jenayah yang mengawal sektor utama di negara ini, iaitu: Kartel Imigresen, Kartel Daging dan Kartel Polis.

Kartel jenayah ini kini mengawal keselamatan sempadan, bekalan makanan dan pasukan polis kita.

Kartel Imigresen

Sebelum ini, saya pernah menulis secara terperinci mengenai Kompleks Perindustrian Migran, sebuah skim berbilion-bilion ringgit yang menguntungkan syarikat-syarikat yang dekat dengan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) ketika itu, yang menyediakan perkhidmatan untuk Jabatan Imigresen.  Kompleks Perindustrian Migran bekerjasama dengan ahli politik, dan pegawai kerana bukan hanya untuk membekalkan perkhidmatan imigresen ke negara ini tetapi juga terlibat dalam “perniagaan pekerja asing” di mana mengimport pekerja asing bukan untuk menyokong perniagaan tempatan tetapi lebih kepada perniagaan yang menguntungkan bagi kroni yang berpengaruh. Pelbagai pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mengenalpasti “sindiket orang dalam” terdiri daripada pengawal sempadan, pegawai imigresen dan pegawai kerajaan lain yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Kartel Daging

Pada bulan Disember 2020, kita dikejutkan dengan pendedahan bahawa pengguna Muslim di Malaysia telah membeli daging dari sumber yang meragukan termasuk daging kuda dan kanggaru yang dijual sebagai daging lembu halal. Laporan itu juga mendedahkan bagaimana pegawai dari agensi kerajaan memainkan peranan besar dalam membenarkan pengimportan daging dari sumber yang meragukan dan kualiti yang mencurigakan, termasuk melalui penggunaan logo halal palsu. Saya telah menyatakan bahawa ini bukan sahaja masalah umat Islam, tetapi keselamatan dan kesihatan makanan seluruh rakyat Malaysia turut dipertaruhkan.

Kartel Polis

Terbaru, minggu lalu, Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador sendiri, mendedahkan kewujudan Kartel Polis yang melibatkan pegawai yang korup hingga ke tahap tertinggi di mana bahkan seorang mantan IGP didakwa menerima rasuah daripada sindiket jenayah. Abdul Hamid mendakwa bahawa Kartel Polis ini cuba menguasai PDRM dan telah berusaha menjatuhkannya.

Selamatkan Malaysia: Pulihkan Parlimen, Tubuhkan RCI dan Kembalikan agenda reformasi PH

Pendedahan mengejutkan bahawa kartel jenayah sedang mengawal keselamatan sempadan kita, bekalan makanan kita dan pasukan polis kita, menunjukkan budaya rasuah selama berdekad, dan tindakan mempolitikkan jabatan penguatkuasaan undang-undang di negara ini yang menyebabkan persekitaran toksik di mana penyalahgunaan kuasa mudah berlaku.

Hari ini, di bawah kerajaan yang sangat tidak stabil yang dilanda kepemimpinan yang tidak cekap, korupsi, pengabaian lunas undang-undang, penyalahgunaan kuasa yang anti-demokratik melalui rampasan kuasa politik, penindasan kebebasan bersuara dan penggantungan Parlimen, keadaan menjadi semakin parah. 

Kita perlu segera menyelamatkan Malaysia dari kejahatan dan kekotoran ini. Tidak ada yang selamat apabila kehidupan kita setiap hari dipengaruhi, dikawal, dan diperintah oleh kumpulan penjenayah yang berkuasa besar yang berganding tangan dengan ahli politik dan pegawai kerajan yang korup.

Saya masih mempunyai kepercayaan terhadap majoriti pegawai polis dan penjawat awam kita. Saya menyeru anggota polis lelaki dan wanita, pegawai penguatkuasa undang-undang dan setiap rakyat Malaysia yang mencintai negara kita untuk bangkit menyelamatkan Malaysia.  Untuk menyelamatkan negara kita, kita perlu segera:

Pulihkan Parlimen untuk membolehkan demokrasi kembali berfungsi secara normal.

Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat, dan menghancurkan tiga kumpulan kartel jenayah ini.

Kembalikan agenda reformasi di bawah Pakatan Harapan untuk mengembalikan profesionalisme institusi kerajaan, memerangi rasuah dan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang kita.

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s