Bahasa Malaysia, employment, Govt

Kerajaan perlu kuatkuasa langkah-langkah melindungi ‘rider’ p-hailing

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

19 APRIL 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Baru-baru ini kerajaan telah melaporkan bahawa sepanjang setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal melibatkan penunggang penghantaran barangan dan makanan ataupun rider p-hailing. (Rujuk: https://www.kosmo.com.my/2021/04/09/lebih-dua-pertiga-kemalangan-maut-libatkan-rider/)

Berikutan itu, Menteri Pengangkutan Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan peraturan baru untuk mengawal selia sektor p-hailing ini. (Rujuk: https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/134192)

Dalam penyediaan peraturan kawal selia tersebut, saya ingin menyeru kerajaan agar jangan terlalu menekan rider dengan pelbagai kekangan baru dan sebaliknya melihat kepada bagaimana untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan selamat bagi rider sektor p-hailing. 

Antara langkah-langkah perlindungan yang patut dikuatkuasakan oleh kerajaan termasuk:

  1. Memberi insentif bersasar kepada rider p-hailing agar mereka mencarumkan diri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017 untuk perlindungan diri. 
  1. Mewajibkan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran menyediakan alat-alat keselamatan rider yang memenuhi piawaian.
  1. Melaksanakan sistem upah yang lebih baik kepada rider.
  1. Melaksanakan insentif masa penghantaran lebih munasabah yang tidak memaksa rider bergegas mengejar masa dan terburu-buru menghantar barangan/makanan.
  1. Melaksanakan sistem rating yang lebih adil dan mengutamakan keselamatan rider terutamanya semasa di jalan raya. 
  1. Mewujudkan sebuah tribunal bebas bagi sektor p-hailing (dan e-hailing) untuk mengendalikan rayuan dan aduan permasalahan antara rider dengan syarikat agar tidak wujud ketidakadilan dalam proses pengadilan yang pada masa kini dilaksanakan secara dalaman oleh pihak syarikat. 

Baru-baru ini, saya telah berpeluang untuk membantu seorang anak muda yang bekerja separuh masa sebagai rider p-hailing. Dalam keadaan ekonomi yang begitu lemah, p-hailing merupakan pasaran kerja alternatif untuk ramai anak muda kita. Kerajaan perlu memastikan agar rakyat Malaysia yang memasuki pasaran kerja ini mampu mencari nafkah yang setimpal usaha, tidak berdepan risiko bahaya yang tidak munasabah, dan tidak mengalami penindasan oleh pihak syarikat.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s