Bahasa Malaysia, COVID19, Economy

Rakyat terpaksa belanja RM78 bilion wang simpanan hari tua, mengapa bank tidak boleh belanja RM6.4 bilion untuk memberikan moratorium automatik selama enam bulan?

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

25 MEI 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Menteri Kewangan Tengku Zafrul melaporkan bahawa rakyat Malaysia telah mengeluarkan RM78 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka melalui program i-Sinar dan i-Lestari. Kini, seramai 2.6 juta ahli KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM1,000 dalam akaun satu selepas pengeluaran ini. (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/816308/rm78-bilion-dikeluarkan-dari-i-lestari-i-sinar)

Situasi ini membuktikan rakyat sudah begitu terdesak terutamanya apabila kurangnya bantuan Kerajaan sehingga terpaksa menggunakan wang yang sepatutnya disimpan untuk hari tua. 

Kegagalan kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 dengan strategi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bercelaru, tidak berpandukan sains dan data, penguatkuasaan SOP yang “double standard” menyebabkan kehidupan rakyat terganggu sejak Mac 2020 lagi. 

Walaupun pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021 dan PKP 3.0 Edisi Ketat pada 25 Mei 2021, kerajaan gagal mengumumkan sebarang bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas. 

Bantuan paling asas yang diumumkan semasa PKP 1.0 dulu iaitu moratorium pembayaran balik pinjaman bank secara automatik untuk tempoh enam bulan juga gagal dilaksanakan semula walaupun digesa berkali-kali oleh pembangkang. 

Kerajaan pernah melaporkan bahawa moratorium secara automatik selama enam bulan menyebabkan kerugian berjumlah RM6.4 bilion kepada sektor perbankan. (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/94151)

Pada tahun 2019, sektor perbankan secara keseluruhannya mencatatkan keuntungan RM32 bilion. Bagi tahun 2020 pula, walaupun dengan moratorium automatik selama enam bulan dan kemudiannya moratorium bersasar, berdasarkan data yang ada, 10 bank utama negara tetap mencatatkan keuntungan sebanyak RM22 bilion (tiada data untuk keseluruhan sektor perbankan).

Keengganan kerajaan mengarahkan pelaksanaan moratorium automatik ini jelas membuktikan bahawa kerajaan lebih mementingkan kepentingan taukeh-taukeh bank berbanding rakyat dan perniagaan kecil dan sederhana Malaysia. 

Jika rakyat Malaysia begitu terdesak sehingga terpaksa berbelanja RM78 bilion wang simpanan hari tua kita, mengapa kerajaan tidak sanggup untuk mengarahkan sektor perbankan yang untung berpuluh-puluh bilion ringgit membelanjakan RM6.4 bilion demi meringankan beban hidup yang begitu berat dalam pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi ini. 

Apa yang susah sangat untuk sektor ini mengorbankan RM6.4 bilion demi membantu rakyat yang tengah meredah ekonomi yang sukar? 

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s