Bahasa Malaysia, Community, COVID19

Jom pi Vaksin

Covid-19 dan lockdown menjejaskan kehidupan kita semua. Tak kiralah miskin kaya, tua muda, lelaki wanita, sokong parti apa, kita semua terkesan.

Namun, sudah tentu ada yang terkesan lebih teruk berbanding yang lain.

Hari ini saya meninjau kawasan, ramai pemandu teksi bagitau mereka memang menghadapi cabaran yang teramat besar sekali Mereka kata, pada waktu ini, tak pelik kalau berhari-hari satu job pun tak ada. Sewa kereta tetap jalan, minyak dan kos servis kereta semua kena bayar. Inipun belum kira bil kat rumah nak tanggung anak isteri.

Memandang kepada keadaan ini, saya telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan persatuan teksi kat Bukit Mertajam untuk memberi perkhidmatan pengangkutan PERCUMA kepada warga emas (umur 60 & ke atas), OKU dan wanita mengandung untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Percuma untuk penumpang, saya akan bayar kepada pemandu teksi.

Serampang dua mata, win-win. ❤️❤️

Ini satu usaha kecil saya untuk menggalakkan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan pada masa yang sama membantu para pemandu teksi di Bukit Mertajam. Saya ambil inspirasi program ini daripada Saudara Anthony Loke yang juga membuat benda yang sama di Seremban.

Jika ada uncle auntie warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas), OKU atau wanita mengandung yang tinggal di kawasan Parlimen Bukit Mertajam yang perlukan pengangkutan untuk pergi ambil vaksin, sila call kami untuk book teksi SEHARI lebih awal sebelum tarikh temu janji vaksin: 04-538 1226 atau 012-411 3539 atau 010-513 6533.

Jom Pi Vaksin!

(Maaf, buat masa ini, saya hanya mampu tawarkan kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Mertajam. 🙏)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s