Bahasa Malaysia, COVID19, Politics

Jangan memperalatkan bantuan kepada rakyat melalui peruntukan kawasan Parlimen untuk jual beli talian hayat politik Perdana Menteri dan kerajaan PN

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

14 JULAI 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas yang mendakwa kononnya telah wujud Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara DAP dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri melalui pemberian peruntukan RM300,000 bantuan bakul makanan adalah sama sekali tidak benar, dan tidak masuk akal, malah memperlekehkan usaha Ahli Parlimen dalam membantu rakyat yang sedang susah. (Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/149872)

Mungkin Ahli-ahli Parlimen UMNO sendiri yang telah melanggar arahan parti dengan terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebenarnya sedang membuat deal dengan Perdana Menteri. Hanya mereka sahaja yang masih mahu menyokong Perdana Menteri yang gagal. Jangan pula heret DAP ke dalam pergolakan politik PN dan UMNO. 

Ada peruntukan kerajaan atau tidak, DAP tetap berkhidmat

Saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen DAP dari awal lagi telah berusaha memberi bantuan kepada rakyat sama ada dengan duit poket sendiri atau dana yang disumbang oleh orang awam. 

Sejak bermulanya total lockdown pada 1 Jun 2021, sebelum menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan persekutuan, saya telahpun mengagihkan lebih 1,500 set bantuan makanan kepada penduduk Bukit Mertajam. Dalam tahun ini sahaja, tanpa peruntukan kerajaan persekutuan, dan dengan sokongan orang ramai, saya juga telah mengedarkan 600 komputer riba dan tablet, bantuan internet percuma, tuisyen percuma, bantuan tunai bulanan kepada pelajar sekolah, khidmat pengangkutan teksi percuma ke PPV dan pelbagai bantuan lain kepada penduduk Bukit Mertajam. 

PN wajib kembalikan hak rakyat RM4 juta setahun peruntukan kawasan Parlimen

Peruntukan RM300,000 merupakan hak rakyat yang sepatutnya diberikan lebih awal lagi. Malah setiap Ahli Parlimen patut diberikan peruntukan RM4 juta setahun sebagaimana yang diterima oleh Ahli Parlimen blok kerajaan. 

Kegagalan berbuat demikian merupakan antara kegagalan besar kerajaan PN dalam mengembleng usaha keseluruhan masyarakat (whole-of-society) untuk melawan pandemik Covid-19 dan mengurus kebajikan rakyat ketika penutupan sektor ekonomi. 

Kempen bendera putih oleh rakyat yang terpaksa mencari bantuan sendiri jelas membuktikan kegagalan kerajaan sedia ada, walaupun cuba diperlekeh oleh para Menteri.

Jangan memperalatkan bantuan kepada rakyat melalui peruntukan kawasan Parlimen untuk jual beli talian hayat politik Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s