General

Kit Penjagaan Diri Covid-19 I ❤️ BM

Sudah berbulan-bulan kita melawan pandemik Covid-19.

Di peringkat Pulau Pinang, saya telah membantu Ketua Menteri merancang dan menguruskan kempen Penang Lawan Covid-19 dari Mac 2020 sehingga Jun 2020.

Di Bukit Mertajam, saya telah menganjurkan forum kesedaran, mendaftarkan penerima vaksin, menyediakan teksi percuma ke PPV, membantu menubuhkan PPV di Bukit Mertajam dan daerah Seberang Perai Tengah, menyumbangkan peralatan kepada hospital Covid-19, mengagihkan laptop dan tablet untuk pembelajaran online, mengedarkan bantuan bakul makanan dan sebagainya. ❤️

Kita perlu meningkatkan usaha kerana pandemik belum lagi berjaya dikawal. Di Pulau Pinang, kes harian masih tinggi dan amat menyedihkan, kes kematian juga semakin meningkat. 😔

Oleh sebab kekurangan sumber daripada kerajaan persekutuan, hospital dan klinik-klinik kita tidak dapat menampung bilangan kes yang bertambah. Ramai pesakit Covid-19 yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah dan menunggu tanpa apa-apa bantuan atau jawapan daripada pihak berkuasa.

Menyedari masalah ini, saya telah menggunakan wang sendiri menyediakan Kit Penjagaan Diri Covid-19 I ❤️ BM khas untuk penduduk di kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Kit ini bertujuan untuk membantu pesakit Covid-19 yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing. ⛑️

Setiap Kit I ❤️ BM mengandungi:

1) oximeter
2) kit saringan Covid-19 kendiri (saliva self test kit)
3) hand sanitizer
4) pelitup muka
5) panduan pengurusan Covid-19

Kit I ❤️ BM akan diberikan secara PERCUMA. Namun, disebabkan kekurangan dana, saya berharap hanya mereka yang memerlukan sahaja memohonnya supaya kita dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Walaupun harga kit saringan Covid-19 kendiri kini dihadkan kepada RM19.90 seunit, namun ia masih di luar kemampuan terutamanya untuk keluarga B40 dan mereka yang terpaksa melakukan saringan berulang kali.

Oximeter pula berharga RM100 ++ setiap seunit. Memang mahal untuk keluarga B40.

Pesakit Covid-19 positif di kawasan Parlimen Bukit Mertajam yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah boleh memohon Kit I ❤️ BM melalui laman web http://www.stevensim.com/kitilovebm atau menghubungi pejabat saya di nombor telefon 04-538 1226 atau 012 411 3539. 🌐📞

Jujur kata, dana saya semakin berkurangan. Sekiranya anda ingin membantu saya membuat kerja-kerja kebajikan, saya amat menghargai apa jua nilai sumbangan ke tabung berikut:

Akaun: Maybank
Penama: Akaun Khas Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam
No Akaun: 557090527361

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s