General

Pasukan Tindak Khas Alat Bantuan Pernafasan I ❤️ BM

Hari ini saya telah mendapatkan 11 buah alat bantuan pernafasan (oxygen concentrator) bernilai hampir RM55,000 untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di Bukit Mertajam.

Team saya dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah menubuhkan sebuah pasukan tindak khas di Bukit Mertajam untuk menghantar alat bantuan pernafasan (oxygen concentrator) kepada pesakit Covid-19 yang memerlukan di rumah mereka.

Alat tersebut akan dipinjamkan secara percuma.

Jika bacaan oximeter (SpO2) anda kurang daripada 92%, dan anda memerlukan alat bantuan pernafasan, sila hubungi kami di talian berikut:

📞 016-415 5494 Victor
📞 017-507 2522 John
📞 016-443 3344 Eng

💚 Keutamaan akan diberikan kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

⛑️ Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat perubatan profesional secepat mungkin. Perkhidmatan kami adalah sebagai perkhidmatan tambahan untuk bantuan kecemasan sahaja.

Saya akan cuba mendapatkan lebih banyak alat bantuan pernafasan (oxygen concentrator) untuk kegunaan penduduk Bukit Mertajam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s