General

DAP akan bersama PKR untuk pertahan Permatang Pauh dan semua kerusi PH di Pulau Pinang

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang dan Pengerusi DAP Bukit Mertajam

10 OKTOBER 2021 | BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Saya merujuk kepada laporan media tentang rancangan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh. (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/09/pkr-beri-amaran-akan-cabar-katak-pada-pru15/)

DAP Pulau Pinang akan bersama dengan PKR untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh dan semua kerusi Pakatan Harapan di negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Sebagai Pengerusi DAP Bukit Mertajam yang merupakan “jiran” kawasan Parlimen Permatang Pauh, saya akan memberikan sokongan penuh kepada PKR untuk mempertahankan kerusi tersebut yang merupakan simbol perjuangan reformasi rakyat Malaysia.

DAP akan terus bekerja keras untuk mempertahan serta memenuhi mandat rakyat Pulau Pinang yang inginkan sebuah negeri yang maju, berkebajikan dan hijau melalui visi Penang 2030.

Kami menolak parti-parti yang mengkhianati mandat rakyat dalam Langkah Sheraton, sekaligus menyebabkan negara terjunam ke dalam ketidakstabilan politik berterusan serta gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik.

Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang
Pengerusi DAP Bukit Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s