Bahasa Malaysia, Hikayat, Puisi, Tweet

We are all Tuah & Jebat

Apabila negara dlm susah, para menteri khianat, memakan dedak, menyebar fitnah, ketika kleptokrat mabuk kuasa mengamuk di Putrajaya, Tuah dan Jebat kembali bergabung melawan penjahat, seperti di zaman muda mereka sebelum mereka dizalimi hasutan pembesar istana yang jahat. 1/5 https://twitter.com/scheekeong/status/1272025783880396801?s=20 Gabungan Tuah & Jebat saya percaya, adalah antara faktor utama kejayaan rakyat menumpaskan rejim kleptokrat.… Continue reading We are all Tuah & Jebat

Bahasa Malaysia, Hikayat, Puisi, Tweet

Fake news dalam Sulalatus Salatin

Fake news ialah berita tak benar/maklumat palsu yg sengaja disebarkan. Walaupun kita kerap dengar tentang fake news pada masa kini, ia bukan perkara baru. Ini bebenang peristiwa fake news dalam Sulalatus Salatin. Semoga cerita nenek moyang beri manfaat kpd semua. Dalam Sulalatus Salatin, disebut Raja Suran (mungkin Rajendra Chola 1) dari negeri Amdan Nagara (di… Continue reading Fake news dalam Sulalatus Salatin

Bahasa Malaysia, Tweet

Bendahara paling hebat dalam sejarah Melaka

Seperti yg dijanjikan ini cerita pergolakan kuasa di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan munculnya Bendahara paling hebat dalam sejarah Melaka.Semoga beroleh manfaat mendengar cerita nenek moyang.1/10 Zaman Sultan Muzaffar Syah, ada 2 keluarga berpengaruh: Bendahara Seri Amar Diraja & Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari).Kedua2nya ada hubungan keluarga dgn Sultan Muzaffar Syah: Isteri Sultan ialah anak… Continue reading Bendahara paling hebat dalam sejarah Melaka

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Psywar dalam Sulalatus Salatin

Musim psywar ni, hangpa nak dengar cerita psywar daripada hikayat Melayu lama? Ramai bercakap pasal psywar, ataupun taktik perang yg cuba mempengaruhi pemikiran penyokong ataupun pihak lawan. Ini cerita psywar dalam Sulalatus Salatin. Ada juga permintaan untuk saya berkongsi pasal psywar sejarah Cina. Jadi saya gabungkan di bebenang ini. 1/11 Semalam, saya sebut pasal 2… Continue reading Psywar dalam Sulalatus Salatin

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Rampasan kuasa zaman Kesultanan Melayu Melaka – antara Raja Rekan dan putera Sultan Melaka

Ini cerita plot rampasan kuasa zaman Kesultanan Melayu Melaka oleh Raja Rekan dan bagaimana putera Sultan Melaka merampas kembali kuasa daripadanya. Cerita ini menyaksikan mulanya hubungan dua keluarga berpengaruh, iaitu Seri Nara DiRaja dan Bendahara. 1/9 Dalam Sulalatus Salatin, Sultan Melaka yang ke3, Muhammad Syah mempunyai 2 orang anak, iaitu Raja Kassim melalui anak perempuan… Continue reading Rampasan kuasa zaman Kesultanan Melayu Melaka – antara Raja Rekan dan putera Sultan Melaka

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Sebab akal budak

Dalam Sulalatus Salatin, ada seorang alim ugama dari Pasai, Tun Jana Khatib namanya. Dia mengembara ke Singapura, namun disebabkan kezaliman pemerintah Singapura, dia akhirnya dihukum bunuh.  1/6 Cerita kita bermula selepas kematian Tun Jana Khatib. Seolah-olah hukuman terhadap kezaliman ke atas Tun Jana Khatib, "maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala… Continue reading Sebab akal budak

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Kisah wabak dari Hikayat Melayu – dengarlah nasihat pakar

Tiga hari saya berkongsi cerita dari syair purba Jawa, Negarakretagama. Hari ini, dalam kita berusaha melawan wabak Covid-19, saya nak kongsi satu cerita tentang wabak dari hikayat melayu. 1/7 Cerita ini dari Hikayat Abdullah karangan Abdullah B. Abdul Kadir atau Abdullah Munsyi. Lahir pd 1796 di Melaka, Allahyarham Dr Kassim Ahmad menggelarnya sbg "penulis Melayu… Continue reading Kisah wabak dari Hikayat Melayu – dengarlah nasihat pakar

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Gayatri, Gitarja, dan Suhita

Dalam Negarakretagama, Canto 49, disebut seorang perempuan, Gitarja, menaiki takhta Wilwatikta menjadi raja/ratu ke-3. Wilwatikta ialah nama lain bagi Majapahit. Setelah menjadi ratu, Gitarja bergelar Rani Jiwana Wijayatunggadewi. 1/7 Gitarja merupakan anak sulung kepada Raden Wijaya, pengasas Majapahit, dengan isterinya Gayatri. Kecantikan Gitarja dikatakan "mengalahkan rupa semua bidadari". Gitarja menjadi ratu atas perintah ibunya, Gayatri… Continue reading Gayatri, Gitarja, dan Suhita

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Siapa kata Nusantara lemah?

Hari ini nak cerita Negarkretagama lagi? Kadang kala bila hidup bergelora, kita lihat balik cerita2 nenek moyang. Sejarah menjadi guru kehidupan. Harimau mati meninggal belang, manusia meninggalkan kisah2 keputusan yang dibuat sepanjang hayatnya. 1/3 Dalam kita membaca balada Raja Arthur, elok juga kita telaah kekawin nusantara. Cerita pengkhianatan politik yg membawa kepada penubuhan kerajaan Majapahit… Continue reading Siapa kata Nusantara lemah?

Bahasa Malaysia, Hikayat, Tweet

Khianat – there is nothing new under the sun

Dalam syair Negarakretagama, ada cerita menarik tentang pengkhianatan politik. Bermula dgn Raja Singasari yg hebat bernama Kertanagara. Dibawah Kertanagara, Singasari berjaya kalahkan ramai musuh. Kerajaan Melayu spt Pahang mempunyai hubungan diplomatik dgn Singasari. 1/12 Begitu megah sekali Kertanagara sehingga dia enggan untuk bernaung di bawah Kerajaan Yuan Mongol di China. Duta Yuan ke istana Singasari… Continue reading Khianat – there is nothing new under the sun