Hang Tuah ialah watak wira Melayu yang tidak boleh dipertikaikan lagi kesetiaannya kepada pemerintah. Catatan di Muzium Negara menggambarkan Hang Tuah “bukan sahaja sebagai pahlawan yang gagah berani tetapi juga… sifat taat setianya kepada Raja sehingga sanggup berkorban apa saja untuk baginda.” Hikayat Hang Tuah, biografi wira Melayu ini yang dikarang oleh seseorang leluhur Melayu… Continue reading Hang Tuah bukan yesman
Category: Hikayat
The glorious reign of a female Sultan of Melaka
The year was 1482, a delegation of 1,900 people in about 40 Melakan ships arrived at the heart of the Ottoman world, Istanbul, to purchase firearms. At the head of the mission was Hang Tuah, the legendary Admiral of Melaka. The reason for the purchase of such a large amount of firearms was because Melaka’s… Continue reading The glorious reign of a female Sultan of Melaka
Pemerintahan Sultan perempuan Melaka
Tahun 1482, satu misi seramai 1,900 orang dalam 40 buah kapal Melaka telah tiba di ibu kota Uthmaniyah, Istanbul untuk membeli senjata api. Ketua misi tersebut ialah Hang Tuah, Laksamana tersohor Melaka. Mereka dihantar untuk membeli senjata api kerana Sultan Melaka yang sudah tua ingin memastikan pengganti baginda boleh memerintah dengan aman dan sentosa. Baginda… Continue reading Pemerintahan Sultan perempuan Melaka
Berani dalam pasrah
Kisah Perang Melaka-Pasai Dalam Sejarah Melayu, ada sebuah kisah tentang Sultan Melaka menghantar Bendahara Paduka Raja, Laksamana Hang Tuah dan para pembesar lain untuk memerangi Pasai kerana rampasan kuasa akibat pengkhianatan adik Sultan Zainal Abidin. Pihak Melaka menyerang dari laut, dan setelah kedua-dua belah berperang empat kali, Pasai tetap tidak dapat dikalahkan. Rekod Sejarah Melayu… Continue reading Berani dalam pasrah
Ada orang samakan diri dengan Raja?
Ada sebuah kisah dalam Sejarah Melayu, Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah dikurnia usungan oleh Sultan Mahmud atas jasa menjaga dan melindungi Baginda semasa Baginda gering. Mengikut protokol, hanya Raja yang diusung atas usungan. Tapi kerana jasa besar mereka berdua (termasuk menyelamatkan nyawa Raja yang masih muda), maka dua pembesar itu dikurniakan usungan. Laksamana… Continue reading Ada orang samakan diri dengan Raja?
Adat menghadap Raja
Mengikut Sejarah Melayu, apabila Bendahara Seri Wak Raja ingin menghadap Sultan Muzaffar Syah, baginda beredar kerana sudah lama duduk, dan tak tahu ketibaan Bendahara. Bendahara sangka Sultan murka padanya dan berasa malu lalu minum racun bunuh diri. Apabila Seri Bija Diraja lambat menghadap Sultan Mahmud Syah kerana dari mula enggan mengaku wasiat Sultan Alauddin Syah… Continue reading Adat menghadap Raja
Hang Tuah menyelamatkan Siam daripada krisis matawang
Cerita Hang Tuah menyelamatkan Siam daripada krisis matawang mengikut Hikayat Hang Tuah Kisah bermula dengan Sultan Melaka ingin menghantar rombongan ke Patani untuk beli gajah - 4 ekor gajah jantan, 2 ekor gajah betina. Laksamana Hang Tuah telah volunteer untuk pergi. Di sana, Hang Tuah diberi taklimat protokol mengadap raja Siam, Phra Chau; mesti mengadap… Continue reading Hang Tuah menyelamatkan Siam daripada krisis matawang
Rekod awal alam Melayu tentang perjalanan Haji
Tatkala umat Islam menyambut Aidil Adha, saya ingin berkongsi apa yang dipercayai antara catatan terawal di alam Melayu tentang perjalanan mengerjakan ibadah Haji. Hikayat Hang Tuah merekodkan pengembaraan Hang Tuah ke Mekah dalam perjalanannya ke Rum, ataupun lebih tepat lagi Istanbul, yang berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah. Hang Tuah diperintahkan oleh Sultan Melaka ke Rum… Continue reading Rekod awal alam Melayu tentang perjalanan Haji
Persaingan 9 calon untuk jawatan Bendahara di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka
Ini kisah dalam Sulalatus Salatin tentang persaingan 9 calon untuk jawatan Bendahara di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka. Perisitiwa ini berlaku selepas kematian Bendahara Putih (adik Tun Perak). 1/10 Mereka ialah (ikut turutan): Paduka Tuan(anak Bendahara Putih), Tun Zainul Abidin(anak Tun Perak), Tun Telenai(anak T.Perak), Seri Nara DiRaja(anak T.Ali), Seri Maharaja(anak T.Ali), Seri Wak Raja,… Continue reading Persaingan 9 calon untuk jawatan Bendahara di zaman Sultan Mahmud Syah Melaka
Pesanan Tun Perak kepada anak-anaknya
Hari ini Hari Bapa. Selamat hari bapa kepada para bapa. Ini pesanan terakhir Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada anak2nya dicatat dalam Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang (keturunan gabungan 2 keluarga besar tempoh hari: Bendahara Seri Amar Raja & Seri Nara Diraja) 1/8 Ini wasiat Tun Perak: "Hai anak cucuku, jgn kamu tukarkan ugama… Continue reading Pesanan Tun Perak kepada anak-anaknya