Bahasa Malaysia, Hikayat, Politics

Hang Tuah menyelamatkan Siam daripada krisis matawang

Cerita Hang Tuah menyelamatkan Siam daripada krisis matawang mengikut Hikayat Hang Tuah Kisah bermula dengan Sultan Melaka ingin menghantar rombongan ke Patani untuk beli gajah – 4 ekor gajah jantan, 2 ekor gajah betina. Laksamana Hang Tuah telah volunteer untuk pergi.

Di sana, Hang Tuah diberi taklimat protokol mengadap raja Siam, Phra Chau; mesti mengadap seorang diri tanpa pengikut, tanpa senjata & merangkak menyembah. Harini kita lihat gambar2 media sosial bagaimana orang Thailand masih kekal tradisi merangkak mengadap Raja Rama X.

Hang Tuah minta izin untuk mengadap ikut adat Melayu, lalu dibenarkan memakai keris & tak perlu merangkak. Alasannya, dia ada penyakit tak boleh merangkak

🤷🏻

Phra Chau kagum dengan Hang Tuah fasih berbahasa Siam dan sikapnya yang begitu baik.

Setelah beberapa lama di Siam, dlm satu majlis jamuan istana, Hang Tuah beritahu Phra Chau pemerhatiannya tentang “belanja” ataupun matawang yang diguna di Siam: mungkin sejenis matawang berbentuk tempurung ataupun mangkuk (dipanggil batil), yang amat rapuh dan mudah pecah.

Dalam kata lain, matawang tersebut bukan sahaja tidak seragam, dan menyusahkan transaksi, malah mungkin juga senang dibuat (“dicetak”) kerana bukan sesuatu yg berkualiti. Ini boleh menyebabkan bekalan wang yg terlalu banyak di pasaran sehingga mengakibatkan inflasi tinggi.

Phra Chau bertanya pandangan Hang Tuah cara menyelesaikan masalah ini. Hang Tuah cadangkan Siam ganti matawang batil dengan sejenis siput (gendaga) dari Brunei. (Kebetulan raja Brunei menganugerahi Melaka dengan jumlah gendaga yg banyak tetapi tiada kegunaan di Melaka)

Phra Chau amat gembira ide Hang Tuah: “Terlalu sekali baik gendaga ini belanja negeri kita, kerana gendaga ini terlalu jauh, bukan mudah2an mengambil dia.” Dalam kata lain, bekalan matawang boleh dikawal dan nilainya distabilkan.

Demikianlah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Siam daripada krisis matawang. Satu kisah yang jarang disebut, walaupun direkod dalam Hikayat Hang Tuah. Semoga cerita leluhur menjadi pengajaran kepada kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s