[Press Statement] Koordinator hal ehwal Covid-19 kerajaan negeri Pulau Pinang-kerajaan persekutuan

Terima kasih atas amanah lantikan sebagai koordinator hal ehwal pengurusan Covid-19 antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan persekutuan.

Saya akan mulakan tugasan dengan serta merta.

6 fokus utama saya untuk masa ini ialah:

✅ Menambah kapasiti sistem penjagaan kesihatan di Pulau Pinang termasuk katil ICU, peralatan perubatan, dan pusat kuarantin.

✅ Mengurangkan masa respon untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan bagi pesakit Covid-19 seperti talian hotline, proses saringan, proses CAC, kuarantin, ambulans dan sebagainya.

✅ Melaksanakan penilaian risiko dan penguatkuasaan yang lebih cekap terutamanya ke atas kilang-kilang untuk mematahkan jangkitan kluster kilang.

✅ Memastikan kestabilan bekalan vaksin untuk mencapai 100% vaksinasi lengkap (full vaccination) populasi dewasa menjelang bulan depan (kini, dos pertama 91%, dos kedua 68%).

✅ Mengurangkan kadar jangkitan dan kematian secara am, terutama memastikan khidmat penjagaan kesihatan diberikan kepada pesakit yang kuarantin di rumah bagi menggelakkan kes BID.

✅ Laporan harian Covid-19 di Pulau Pinang yang lebih telus dan jitu untuk rujukan orang awam.

Saya ucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Chow Kon Yeow 曹觀友, Sdr Lim Guan Eng dan YBM Kesihatan Sdr Khairy Jamaluddin atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

#UntukNegeriKita
#PenangLawanCovid19